Dana White Impikan Pertarungan Khabib-McGregor Dan McGregor-Mayweather

Presiden UFC, Dana White berkongsi kepada semua tentang pertarungan impian yang mahu beliau saksikan.

Dana menyatakan beliau ada 2 pertarungan impian iaitu, Conor McGregor Vs Mayweather II dan Conor Vs Khabib II.

Namun Dana mengimpikan kesemua pertarungan itu haruslah diadakan di octagon, bukannya di gelanggang tinju, seperti mana McGregor vs Mayweather sebelum ini.

Dana White mahu melihat ‘the Notorious’ berhadapan Floyd Mayweather untuk kali kedua dengan peraturan MMA.

Dan seterusnya, beliau juga megimpikan untuk menyaksikan Conor McGregor mendapat peluang kedua untuk membalas dendam beliau dengan Khabib Nurmagomedov.

Perkara itu diluahkan oleh Dana White ketika sesi temuramah dengan LasVegasNOW.

Sebelum ini McGregor sudah tewas dalam 2 pertemuan dengan Mayweather dan Khabib. Untuk pertarungan dengan Mayweather, Conor beraksi dalam gelanggang tinju.

Manakala, pertarungan menentang Khabib pula menyaksikan McGregor tumbang dengan tap out selepas dikunci oleh Khabib Nurmagomedov.

Walaubagaimanapun, Dana White menegaskan pertarungan seterusnya melibatkan Khabib dan Ferguson. Beliau tidak akan menyalah guna kuasanya untuk menetapkan pertarungan Khabib dan McGregor kedua.

Namun begitu, Dana White meletakkan Conor McGregor dalam senarai menunggu, jika Tony Ferguson tidak dapat bertarung dalam acara UFC itu kelak.

Adakah pertarungan impian Dana White itu akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti?

Sumber

Sport Bible

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.