Dana White Anggap Khabib Tak Layak Bergelar GOAT UFC

Dana White membuat kenyataan yang menjadi perdebatan di kalangan peminat MMA dan francais UFC.

Ini selepas presiden UFC itu menganggap Khabib Nurmagomedov bukan petarung terbaik sepanjang zaman dalam ring oktagon.

Khabib Nurmagomedov bersara pada rekod tanpa kalah dengan 29-0. Dengan dia menewaskan petarung handalan seperti Conor McGregor – yang menjadi salah satu sejarah besar dalam kariernya.

Dalam lapangan UFC, Khabib Nurmagomedov mencatatkan 13 kemenangan berturut turut. Dan membuatkan The Eagle dianggap petarung terbaik pada eranya.

Namun Dana White tidak merasakan bahawa Khabib adalah yang terhebat sepanjang zaman / greatest of all time atau singkatannya GOAT.

Pada masa yang sama Dana White tetap mempertimbangkan nama Khabib Nurmagomedov untuk diabadikan dalam senarai kehormat / Hall of Fame untuk UFC.

Dana White berkata, Khabib tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjadikan dirinya bergelar GOAT.

Dana White mencadangkan, jika Khabib melengahkan sedikit persaraannya, mungkin dia akan menamatkan kariernya di UFC sebagai GOAT.

Bercakap kepada Teddy Atlas dalam siaran YouTube, Dana White berkata: “Dua nama yang benar benar membantu membangunkan jenama ini ialah Chuck Liddell dan Ronda Rousey. Kamu tahu, mereka sangat sangat setia [super loyal].”

“Ketika ini saya rasa Kumaru Usman adalah petarung pound for pound terbaik di dunia. Selepas dia melakukan yang terbaik dalam beberapa musim ini, dan pencapaiannya sangat luar biasa.”

“Saya rasa Khabib Nurmagomedov boleh digelar GOAT dalam UFC jika dia kekal lebih lama di sini, siapa tahu kan. Malangnya, dia kehilangan ayahnya, yang membuatkannya memutuskan untuk bersara.”

“Dia baru sahaja beradad di kemuncak hidupnya, namun apabila kamu terlalu banyak wang, ianya akan mengubah segalanya,” kata Dana White merujuk kepada Khabib kemudian langsung tak mengendahkan sebarang tawaran besar dari UFC, selepas dia memutuskan untuk bersara.

Khabib Nurmagomedov bersara kerana mahu sentiasa dekat dengan ibunya, selepas kehilangan ayahnya. Tambahan pula, Khabib rasa tidak lengkap apabila bertarung tanpa ayahnya menjadi jurulatihanya.

Pemergian ayahnya telah membuatkan Khabib bertekad untuk menjaga ibunya dengan memberikan lebih banyak perhatian selepas ini.

Perginya ayah membuatkan Khabib suram

Bapa dan jurulatih Khabib, Abdulmanap, meninggal dunia kerana komplikasi penyakit koronavirus yang dihadapinya..

Arwah memainkan peranan besar dalam kehidupan anaknya dan juga kerjaya profesional  Khabib Nurmagomedov sebagai juara UFC.

Bercakap pada bulan September 2019, sebelum mempertahankan gelaran UFC melawan Dustin Poirier, ‘The Eagle’ berbicara tentang pentingnya ayahnya berada di penjuru gelanggang.

Juara ringan UFC pada saat itu juga berkongsi tentang pengaruh ayahnya itu berikutan kemenangannya di UFC 242.

“Ayah saya juga jurulatih saya, saya ingat dia dulu dan terutama sebagai ayah dan kemudian sebagai jurulatih,” jelas petarung yang masih belum dikalahkan itu lagi.

“Saya rasa tidak mudah baginya untuk membesarkan saya sebagai petarung dan sebagai anak lelaki. Saya rasa itu sangat sukar. Saya sendiri sekarang menjadi ayah, saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya memahami apa yang dia rasakan kepada saya.”

“Dia memainkan peranan besar dalam hidup saya, dan hingga kini dia masih terus menjadi jurulatih saya dan tentu saja ayah saya.”

“Keluarga memainkan peranan besar dalam hidup saya. Saya selalu mendahulukan mereka. Saya tidak melihat perkara yang lebih penting dalam hidup ini daripada keluarga. Saya fikir kita harus selalu mengutamakan mereka.”

Khabib seringkali diusik rakannya dan media, mahu melaporkan kesalahannya kepada ayahnya. Ini kerana The Eagle masih lagi seorang yang terikat dengan adab seorang Muslim yang diterapkan ayahnya walaupun dia merupakan seorang juara dunia.

Fasa seterusnya

Khabib kini sedang membangunkan jenama pertarunganya sendiri iaitu Eagle FC di Rusia. Dan Khabib sedang bersiap sedia untuk penganjuran Eagle FC di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu lagi.

Dana White menyatakan dia mengerti bahawa Khabib kini sedang sibuk dan bukannya mudah menguruskan jenama beliau sendiri.

“Dia akan rasa sendiri apa pengalaman berada di satu lagi bahagian [bukan sebagai petarung]. Ianya tak seseronok seperti yang orang bayangkan.”

“Dia akan belajar. Jika dia tahu, dia akan tahu juga lepas tu.”

“Saya sentiasa di sini sedia membantunya jika dia perlukan nasihat dan pandangan. Saya sememangnya akan membantunya. Tapi saya rasa dia nak belajar dengan cara yang paling sukar [cuba berdikari sendiri dahulu].”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.