Cris Cyborg Justino seakan-akan tiada tandingan buat masa ini. Beliau menang ke atas Yana Kunitskaya pada pusingan bertama. Mengambil masa hanya 3 minit 25 saat.
Yana Kunitskaya ternyata masih belum cukup bersedia untuk menyertai kategori featherweight ini. Beliau merupakan bekas pemegang lilitan kejuaran Invicta dalam bantamweight.
Ini adalah pertarungan debut beliau dalam UFC. Kunitskaya mengakui dia menjadi gemuruh dan gementar ketika berada di dalam octagon. Beliau turut memberitahu mungkin akan kembali semula ke bantamweight selepas ini.
Cris Cyborg dianggap petinju MMA wanita terbaik sepanjang zaman dengan kekuatan, teknik dan juga rekod yang beliau miliki.
Cyborg menumpaskan Kunitskaya dengan tumbukan tangan kanan yang membuatkan Kunitskaya terbaring di kanvas octagon. Kemenangan ini membolehkan Cyborg memperbaiki rekod beliau kepada 20-1 (1 NC).
Ini adalah rekod KO/TKO ke-18 beliau dan 10 berturut-turut sejak 2011. Cyborg juga mencabar Amanda Nunes yang sebelum ini mencabar beliau keluar untuk bertarung.
“Segala puji hanya pada Tuhan. Saya mendapat notis perlawanan ini dalam jangka pendek. Namun saya sentiasa bersedia kerana saya sentiasa berlatih setiap hari.”
“Sekarang ni, saya tunggu Amanda. Amanda cabar saya hari itu bukan? Saya tahu, Brazil menentang (bergaduh dengan) Brazil sesuatu yang agak sedih tetapi dia yang mencabar saya.”
“Apabila anda mencabar Cyborg keluar, anda harus terima akibatnya.”
Setiap atlet yang hebat pastinya ada seteru mereka. Sama seperti Fedex-Nadal, Ronaldo-Messi, dan ramai lagi. Mungkin Cyborg dan Nunes adalah seteru di lapangan UFC untuk kategori wanita.
Cyborg mahukan pertarungan yang digelar media sebagai Superfight itu segera diadakan. Presiden MMA, Dana White memberikan gambaran yang ianya kemungkinan besar akan berlaku dan mungkin akan berlangsung pada Julai ini.
Buat masa ini, Cyborg terlalu unggul dan tiada siapa yang mampu menewaskan beliau. Nunes memiliki pakej yang baik untuk melakukan kerja itu dengan peningkatan kualiti tumbukan, kekuatan fizikal, dan juga stamina yang baik.
Cyborg adalah petinju yang memiliki tumbukan pantas dan sangat kuat. Beliau juga memiliki kadar ketepatan tumbukan yang sangat tinggi. Banyak tumbukan beliau dilakukan pada masa yang tepat untuk memberikan impak maksimum.
Dalam perlawanan menentang Kunitskaya, Cyborg mengekalkan tempo bertenaga beliau. Kunitskaya menunjukkan beliau juga ada ‘hati besar’ di dalam octagon cuma terlalu gugup untuk berhadapan dengan Cyborg.
Adakah pertarungan Cyborg vs Amanda Nunes akan diumumkan dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.