Cristiano Ronaldo Tidak Mahu Sertai Barcelona

Cristiano Ronaldo telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Itali pada musim panas ini, dan Barcelona adalah salah sebuah kelab yang dikaitkan dengan perpindahan tersebut.

Berita perkhabaran Ronaldo bakal begandingan dengan Lionel Messi di Nou Camp menyebabkan ramai peminat bola sepak teruja setelah ianya diumumkan oleh wartawan di Sepanyol, Guillem Balague.

Messi dan Ronaldo dianggap sebagai dua pemain terbaik pernah disaksikan dalam sejarah bola sepak dunia – dengan gabungan kedua-duanya telah membolot 11 anugerah Ballon d’Or sesama mereka.

Juventus membawa masuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid ke Serie A dua musim lalu dengan nilai £90 juta.

Gergasi Itali itu turut menjadikan Ronaldo pemain mereka yang menerima gaji tertinggi sebanyak £28 juta setahun.

Khabar turut tersebar mengatakan Juventus turut tidak mampu membayar gaji Ronaldo yang tinggi dan terpaksa menjual pemain yang masih memiliki kontrak bersama mereka sehingga 2022 itu.

Ejen beliau Jorge Mendes kononnya telah diarahkan mencari kelab baharu utuk kapten pasukan kebangsaan Portugal itu, dan kepulangan ke Real Madrid atau menyertai Barcelona dikatakan antara pilihan yang ada.

Dakwaan Ronaldo bakal meninggalkan Turin bagaimana pun sebenarnya adalah tidak benar.

View this post on Instagram

The 2019/20 season is over for us, much later than usual but yet sooner than we expected. Now it’s time for reflection, time to analyse the ups and downs because critical thinking is the only way to improve. A huge club such as Juventus must always think like the best in the world, work like the best in the world, so that we can call ourselves one of the best and biggest clubs in the world. Winning the Serie A once again in such a difficult year is something that we are very proud of. Personally, scoring 37 goals for Juventus and 11 for the Portuguese National Team is something that makes me face the future with renewed ambition and desire to keep doing better and better each year. But the fans demand more from us. They expect more from us. And we have to deliver, we must live up to the highest expectations. May this short vacation break allow us all to make the best decisions for the future and come back stronger and more committed than ever. . See you soon! 💪🏼👊🏼

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Laporan daripada media Sepanyol, AS mengesahkan pemain berusia 35 tahun itu tiada niat untuk meninggalkan Juventus. Sebaliknya Ronaldo tetap fokus untuk menjuarai UEFA Champions bersama kelab Itali itu pada masa depan.

Malah muat naik di Instagram pemain itu selepas kekalahan kepada Lyon jelas memberi indikasi beliau akan kembali bersama kelab Itali itu setelah kembali dari bercuti.

Juventus sebelum ini disingkirkan oleh Lyon melalui kelebihan gol di tempat lawan di pusingan 16 pasukan terbaik.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.