Cristiano Ronaldo Tembak Balik Pengkritik: “Saya Ada ‘Number’ Untuk Beritahu Betapa Bagusnya Saya”

Cristiano Ronaldo menafikan bahawa dia sedang tertekan dengan kemarau golnya di Manchester United. Malah menyatakan dia sangat gembira dengan prestasinya.

Walaupun kamarau gol dalam 6 perlawanan, namun dia masih lagi penjaring terbanyak untuk kelab.

Impak Ronaldo dalam aksi keduanya bersama Man United tidaklah teruk, namun tidak sebagus apa yang diharapkan daripada standard yang dia miliki.

Selepas menyertai semula Manchester United pada musim ini, Man United benar benar penuh harapan bahawa penggempur berusia 37 tahun itu akan menjadi penjaring yang benar benar prolifik yang mereka cari.

Kehadiran Cristiano Ronaldo dianggap pelengkap kepada projek untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris sekali lagi selepas kali terakhir mereka memeanginya pada 2013. Musim lalu Manchester United menamatkan musim selaku naib juara.

Jadi kehadiran Ronaldo dianggap nilai tambah kepada kualiti skuad dari segi kepimpinan, gol serta mentaliti.

Malang sekali, segala yang mereka rancang tidak menjadi kenyataan. Mereka memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas beberapa bulan musim bermula dan melantik Ralf Rangnick sebagai interim.

Daripada calon juara EPL, kini mereka bakal terlepas slot ke UCL, jika Arsenal baki perlawanan mereka. Dan jika Arsenal memenangi kesemua baki 3 perlawanan mereka, Arsenal akan 7 mata di atas mereka.

Buat masa ini, Ronaldo sudah menjaringkan 15 gol daripada 30 perlawanan dalam semua pertandingan. Namun hanya 9 hadir dari EPL dalam 22 penampilannya.

Lantas ada peminat yang merasakan bahawa Ronaldo sudah tamat! Dia perlu menerima hakikat bahawa dia sesuai untuk menjadi pemain simpanan dan bukannya beraksi setiap perlawanan.

Seringkali digelar sebagai penanda aras untuk penyerang lain di Eropah bersama sama dengan Lionel Messi, Ronaldo mulai dilihat menunjukkan penurunan pada prestasinya.

Namun bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu membidas semula mulut mulut jahat itu dengan menyatakan bahawa dia benar benar berpuas hati dengan sumbangannya kepada pasukan.

“Kamu tak perlu menjadi seorang yang bijak dan tahu, pada usia 18, 29, 25, kamu tidak akan sama dengan kamu di usia 35 tahun,” kata Abang Do kepada DAZN.

“Itulah kematangan, pengalaman, kebijaksanaan untuk memahami mungkin kamu harus kehilangan sesuatu untuk memenangi sesuatu yang lain untuk mendapatkan keseimbangan dalam bersaing dan kekal di peringkat tertinggi.”

“Itu tidak mudah, tetapi ia kelihatan seperti itu kepada saya, kerana saya menunjukkan tahun demi tahun bahawa angka itu bercakap untuk diri mereka sendiri.”

“Saya tidak perlu memberitahu anda bahawa saya sangat bagus, kerana jumlahnya [angka statistik gol] itu ada. Fakta adalah fakta, selebihnya tidak penting. Ia tidak penting sama sekali.

“Itulah sebabnya saya sangat gembira dengan prestasi saya, saya masih menjaringkan gol, membantu orang di sekeliling, membantu pasukan, baik dalam pasukan kebangsaan dan di Manchester United dan itulah sebabnya saya mahu terus seperti ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.