Cristiano Ronaldo Tamatkan Kemarau Jaringan Menerusi Sepakan Percuma Dengan Bergaya

Cristiano Ronaldo sebelum ini dilanda kemarau berpanjangan untuk menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Walau beliau antara pemain yang sering dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan percuma namun beliau sudah hampir tiga tahun gagal menjaringkan gol dari sepakan percuma.

Bersama Juventus saja, Cristiano Ronaldo telah mengambil lebih dari 43 kali sepakan percuma dan tiada satu pon yang menghasilkan jaringan.

Bukan hanya di Juventus, pemain kebangsaan Portugal itu sebenarnya sudah tidak menjaringkan gol menerusi sepakan percuma sejak bersama Real Madrid lagi iaitu kali terakhir beliau berjaya melakukannya adalah pada Disember 2017.

Setelah melalui kemarau berpanjangan, bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu akhirnya berjaya juga menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada awal pagi kemarin.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu juga muncul sebagai pemain Juventus pertama yang berjaya menjaringkan 25 gol dalam saingan Serie A sejak 1961.

Selain Cristiano Ronaldo yang melalui detik cemerlang dalam perlawanan derbi menentang Torino itu, Gianluigi Buffon turut meraikan penampilan ke-648 beliau dalam saingan Serie A.

Dalam perlawanan tersebut, Paulo Dybala terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Juventus seawal minit ke-3 perlawanan.

Pada minit ke-29, giliran Juan Cuadrado pula menjaringkan gol kedua untuk Juventus selepas menyempurnakan peluang yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo.

Sebelum tamat babak pertama perlawanan, Andrea Belotti berjaya menjaringkan gol pertama untuk Torino cuba merapatkan jurang terhadap Juventus.

Pada minit ke-61, Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa menjaringkan gol melalui sepakan percuma dengan sungguh bergaya.

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dengan cukup cantik dan padu.

Kofi Djidji telah menjaringkan gol sendiri lalu melengkapkan kemenangan 4-1 Juventus ke atas Torino.

Cristiano Ronaldo kini telah berjaya menjaringkan 46 gol menerusi sepakan percuma di peringkat kelab. Yang mana 32 gol untuk Real Madrid dan 13 gol pula ketika beliau bersama setan merah.

Ketua pasukan Portugal itu menjadi pemain Juventus pertama yang menjaringkan 25 gol dalam saingan Serie A selama semusim sejak kali terakhir Omar Sivori berjaya melakukannya pada musim 1960/61.

Untuk Gianluigi Buffon pula, dengan berjaya mencipta 648 penampilan di Serie A, maka beliau telah berjaya memecahkan rekod penampilan tertinggi di Serie A yang sebelum ini menjadi milik Paulo Maldini.

Buffon kini bukan lagi penjaga gol utama untuk kelab memandangkan usianya saja sudah mencecah 42 tahun.

Beliau hanya diturunkan dalam perlawanan-perlawanan tertentu sahaja sejak kembalinya beliau bersama Juventus pada Disember lalu.

Apa yang menariknya lagi, termasuk 17 penampilan bersama PSG di Ligue 1 musim lalu, Buffon telah dinamakan sebagai pemain paling banyak membuat penampilan dalam lima liga utama di Eropah.

Sebelum ini rekod tersebut dipegang oleh Gareth Barry, pemain yang pernah beraksi bersama West Ham di Championship dan telah membuat 653 penampilan.

Dengan kemenangan tersebut juga, Juventus kini semakin menghampiri untuk menjulang Piala saingan Serie A untuk kali kesembilan berturut-turut untuk mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.