Cristiano Ronaldo Sudah Tiba Di Turin Walaupun Dilaporkan Terperangkap Di Portugal

Juventus sama seperti pasukan Itali yang lain, sudah bersiap sedia untuk kembali ke pusat latihan. Ini selepas kerajaan Itali memberikan lampu hijau kepada Serie A, bahawa mereka boleh kembali berlatih pada bulan ini.

Juventus sudah memanggil kesemua pemainnya yang berada di luar negara Itali untuk kembali dan menjalani dahulu kuarantin. Mereka sudah memberikan garis panduan dan piawaian khas kepada para pemaian berkenaan dengan protokol ketika latihan di tengan wabak koronavirus.

Antara pemain yang telah kembali semula ke Turin ialah Cristiano Ronaldo. Selepas Daily Star sebelum ini melaporkan pemain itu tidak dapat kembali kerana jet peribadinya kononnya terperangkap di Sepanyol.

Menurut Daily Star, Ronaldo memang berencana untuk pulang semula ke Itali. Di mana beliau merancang untuk terbang dari Portugal dengan jet peribadinya.

Di mana beliau akan menjalani kuarantin 14 hari apabila tiba di Portugal kelak. Jet peribadi beliau itu dilaporkan sedang berada di Sepanyol. Dan beliau sudah meminta juruterbang untuk menjemputnya di Madeira dan kemudian terbang ke Itali.

Menurut Daily Star lagi, Kerajaan Sepanyol ketika ini masih dalam fasa lockdown. Ini bermakna jet peribadi Cristiano Ronaldo, Gulfstream G650 yang bernilai £30 juta itu dilarang untuk meninggalkan negara tersebut.

Oleh itu Ronaldo dikatakan perlu mencari solusi lain untuk kembali semula ke Itali.

Ronaldo berada di Portugal sebelum larangan lockdown di Itali dan Portugal. Ini kerana pada masa itu beliau diberikan pelepasan khas untuk kembali ke kampung halamannya bagi menjaga ibunya yang diserang strok.

Cristiano Ronaldo sudah kembali

Namun beberapa jam yang lalu, Ronaldo dilaporkan sudah tiba di Turin dan bersedia untuk menjalani isolasi 14 hari di sana.

Beliau kembali ibarat seorang presiden. Di mana Ronaldo dijemput dengan kereta yang mewah.

Berita ini pastinya melegakan para peminat Juventus dan juga kelab mereka. Juventus kini sedang menjadi pendahulu Serie A. Dan mereka mahu mempertahankan kejuaraan sekali lagi.

Ronaldo merupakan nama penting di dalam pasukan mereka.

Jadi seperti biasa, Ronaldo akan dikuarantin 14 hari sebelum beliau boleh menyertai latihan di kem Juventus bersama dengan rakan rakan yang lain, di bawah peraturan yang sangat ketat.

Walaupun negara Itali yang paling teruk dilanda koronavirus, namun Serie A sudah menyatakan komitmen mereka untuk kembali menyambung aksi liga mereka selepas mendapat lampu hijau daripada kerajaan.

Namun tarikh kembali beraksi masih belum ditetapkan oleh Serie A.

Setakat ini ada 2 liga sah menamatkan saingan mereka lebih awal. Ligue 1 dan Liga Belanda di mana kedua duanya sudah mengumumkan liga mereka sudah berakhir. Manakala Liga Belgium masih dalam proses meminda semula keputusan. Tetapi dijangka akan mengambil langkah yang sama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.