Cristiano Ronaldo Menjaringkan Gol Yang Menakjubkan Dalam Membantu Kebangkitan Juventus Menewaskan Spezia

Selepas 21 hari tidak dapat beraksi di atas padang kerana menjalani sesi kuarantin ekoran dari disahkan positif wabak Cov-19, Cristiano Ronaldo hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk menjaringkan gol yang sungguh mengagumkan.

Beliau juga berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi kemunculan semulanya dalam saingan liga dan kini Ronaldo telah berjaya menjaringkan 32 gol dari 31 perlawanan pada tahun 2020 ini.

Cristiano Ronaldo tidak membuang waktu untuk memberikan impak kepada pasukannya selepas beliau berjaya menjaringkan gol pendahuluan Juventus tiga minit sahaja selepas dimasukkan oleh pengurus pasukan, Pirlo.

Ronaldo sebelum ini terlepas empat perlawanan untuk Juventus selepas beliau terpaksa dikuarantinkan kerana disahkan positif Koronavirus.

Namun beliau telah kembali beraksi dalam tahap yang sungguh mengagumkan dan memberikan impak yang luar biasa terhadap rakan sepasukannya yang lain dalam perlawanan menentang Spezia malam semalam.

Ronaldo tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan pada malam semalam dan beliau sekadar duduk di bangku simpanan sebelum dipanggil masuk ke padang oleh Andrea Pirlo.

Ronaldo telah dimasukkan pada minit ke-56 permainan dan berjaya untuk menjaringkan gol pendahuluan Juventus tiga minit selepas dimasukkan.

Keadaan ketika itu terikat 1-1, Ronaldo yang ketika itu menerima hantaran dari Alvaro Morata cemerlang mengayam-ayamkan penjaga gol lawan sebelum cemerlang menolak bola menerjah gawang gol Spezia.

Pemenang lima kali gelaran ballon d’or itu meraikan jaringan tersebut dengan gaya keraian terkenalnya, β€œsiiiii” di dalam stadium yang tidak dihadiri peminat itu.

Lapan minit kemudian, giliran Adrien Rabiot menjaringkan gol ketiga untuk Juventus selepas menerima hantaran dari Federico Chiesa.

Pemain kebangsaan Portugal itu kemudian menambah gol kedua peribadinya dan gol keempat untuk Juventus hasil dari sepakan penalti pada minit ke-76 permainan.

Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan sungguh bergaya dan melengkapkan kemenangan 4-1 Juventus menewaskan Spezia.

Cristiano Ronaldo kini telah menjaringkan gol ketika berdepan dengan 21 dari 22 pasukan yang bertanding dalam saingan Serie A dan beliau tahun ini hanyalah tahun kedua beliau di Itali.

Bekas Juara saingan Serie A itu kini melonjak ke kedudukan kedua dalam saingan liga dengan mengumpul 12 mata di belakang pendahulu liga musim ini, AC Milan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.