Georgina Rodriguez bolehlah dianggap sebagai salah seorang wives and girlfriends (WAGS) yang paling dikenali di dalam bola sepak.
Apa tidaknya. Georgina adalah pasangan kepada bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo.
Baru-baru ini satu muat naik di media sosial oleh Georgina Rodriguez mencetuskan spekulasi Cristiano Ronaldo akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita kelahiran Buenos Aires, Argentina itu.
Ini selepas muat naik oleh Georgina datang dengan caption “yess” beserta emoji bunga ros.
Ia memberi indikasi Ronaldo secara rasmi telah melamar wanita tersebut.
Laporan media di Portugal berkata lamaran oleh Ronaldo kepada Georgina itu tiba selepas sebuah parti.
Namun sehingga artikel ini ditulis, pasangan ini belum lagi melakukan pengesahan mengenai spekulasi tersebut.
Pasangan ini sebenarnya sudah lama hidup bersama walaupun belum mengikat perhubungan mereka secara sah.
Ronaldo pernah duit nafkah sebanyak £80,000 atau dalam duit Malaysia sebanyak RM432,732 setiap bulan kepada tunangnya, Georgina Rodriguez.
Elaun tersebut tidak termasuk dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti percutian mewah, sambutan hari lahir dengan hadiah yang mahal serta perbelanjaan rumah, anak-anak dan sebagainya.
Kehidupan berkeluarga Ronaldo sering kali menarik perhatian banyak pihak dengan sikapnya yang mementingkan hubungan kekeluargaan di mana beliau kini mempunyai 4 orang anak dan dijaga bersama tunangnya itu.
Ini bukan juga kali pertama spekulasi membabitkan perkahwinan Ronaldo dan Georgina mulai tersebar.
View this post on InstagramA post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio) on
Georgina sebelum ini pernah menimbulkan persoalan sama ada beliau merupakan isteri yang sah kepada Ronaldo kerana menggunakan perkataan ‘marido‘ dalam media sosialnya di mana dalam Bahasa Sepanyol, ungkapan tersebut merujuk kepada suami yang sah secara perundangan.
Pada usia mencecah 34 tahun, prestasi Ronaldo di atas padang turut menjadi tumpuan utama peminat dan penyokong bola sepak.
Dalam perlawnaan menentang Sweden di pertandingan UEFA Nations League semalam, Ronaldo berjaya menjaringkan gol ke-100 & ke-101 antarabangsa peribadi untuk Portugal.
Rekod tersebut menjadikan dirinya sebagai pemain pertama dari Eropah berjaya menjaringkan gol melepasi angka 100 gol.
Cristiano Ronaldo scores 100th Portugal goal with stunning free-kick vs Sweden ¡SIUUUUUU! 🇵🇹pic.twitter.com/UyDf0NK2Ny
— JAZZ Sportsbook (Official) (@SportsbookJazz) September 8, 2020
Ronaldo juga merupakan pemain kedua di dunia berbuat demikian, dan hanya memerlukan lapan gol sahaja lagi untuk memintas Ali Daie dari Iran untuk muncul penjaring terbanyak di pentas antarabangsa.
Gol ke-100 diikuti dengan gol ke-101 antarabangsa oleh Ronaldo membenarkan Portugal menang 2-0 menentang 10 pemain Sweden di perlawanan UEFA Nations League (UNL) pada awal pagi tadi.
Ronaldo merupakan pemain kedua dari Portugal yang berjaya menjaringkan gol mencecah 100 gol, setelah berjaya menyempurnakan sepakan percuma menakjubkan pada babak akhir separuh masa pertama.
🎥 – Cristiano Ronaldo's 2nd goal vs Sweden. pic.twitter.com/2rqjrMk3je
— Los Blancos Live ³⁴ (@blancoslive) September 8, 2020
Sepakan percuma tersebut diberikan kepada Portugal selepas Gustav Svensson menerima arahan keluar padang buat Sweden yang beraksi selaku tuan rumah.
Ronaldo kemudiannya menambah satu lagi gol canttik pada minit ke-72 perlawanan untuk memastikan jaringan yang ke-101 antarabangsa.
Berikut adalah 6 statistik utama dari kejayaan Ronaldo semalam:
6 mangsa kegemaran Ronaldo
Ronaldo telah menjaringkan lebih dari satu gol menentang pasukan yang berada di 20 kedudukan teratas ranking FIFA.
Pasukan-pasukan yang kerap menjadi mangsa Ronaldo ialah Belanda, Belgim, Denmark, Sepanyol, Switzerland, dan terkini Sweden. Keseluruhannya 6 pasukan.
Lithuania paling menguntungkan
Bekas penyerang Manchester United ini juga ibarat berpesta gol ketika menentang Lithuania pada pusingan kelayakan.
Sehingga kini, Ronaldo sudah menyumbat 7 gol dari dua perlawanan menentang skuad Valdas Urbona, menjadikan pasukan tersebut yang paling kerap dibocori oleh kapten Portugal itu.
5 – Only against Lithuania (7) has Cristiano Ronaldo scored more goals for Portugal than against Sweden (5). Prey. #SWEPOR #NationsLeague pic.twitter.com/umVDNm1Wfy
— OptaJoao (@OptaJoao) September 8, 2020
9 gol di Euro
Portugal kali pertama menamakan Ronaldo di Kejohanan Euro 2004 untuk kejohanan utama sulungnya. Masih lagi remaja dan baru menyertai Manchester United pada ketika itu, Ronaldo menyumbat dua gol.
Sejak dari itu Euro menjadi pentas Ronaldo. Selain memenangi kejohanan tersebut pada 2016, Ronaldo turut menjaringkan 9 gol keseluruhan – dua gol lagi banyak daripada yang dihasilkannya di Piala Dunia.
Musim 2016/17
Musim 2016/17 adalah musim paling prolifik Cristiano Ronaldo bersama Portugal di pentas antarabangsa. Pada musim itu, Ronaldo menjaringkan 14 gol untuk negaranya.
Ia bukan kebetulan kerana pada musim yang sama Ronaldo juga turut menyerlah bersama Real Madrid apabila merangkul kejuaraan LaLiga pada musim yang sama.
Cristiano Ronaldo has scored in:
✅ Euro 2004
✅ World Cup 2006
✅ Euro 2008
✅ World Cup 2010
✅ Euro 2012
✅ World Cup 2014
✅ Euro 2016
✅ Confederations Cup 2017
✅ World Cup 2018
✅ Nations League 2019BIG. GAME. PLAYER. #NationsLeague pic.twitter.com/OKK74Y77qS
— Football Tweet (@Football__Tweet) June 5, 2019
All-rounder
Ronaldo memulakan kariernya sebagai pemain sayap. Namun demikian bakatnya mulai berkembang menjadi seorang penyerang yang lengkap.
25 daripada jaringan Ronaldo dihasilkan melalui tandukan, 22 adalah dari kaki kiri, dan selebihnya menggunakan kaki kanan.
Paling cergas
Tidak keterlaluan jika kita mahu melabel Cristiano Ronaldo sebagai antara pemain paling cergas (the fittest) di dalam bola sepak.
Ketika pemain lain mulai keletihan pada 15 minit terakhir perlawanan, ketika itulah Ronaldo menghukum pemain lawan. Sehingga ke hari ini, pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan 28 gol antarabangsa pada suku terakhir perlawanan.