Cristiano Ronaldo Enggan Pakai Lencana Khas Kerana….

Serie A musim lalu memberikan lencana khas kepada pemain terbaik Serie A di setiap posisi dan juga anugerah penjaring terbanyak serta pemain muda terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang yang layak memakai lencana khas tersebut:

BEST GOALKEEPER: Samir Handanovic

BEST DEFENDER: Kalidou Koulibaly

BEST MIDFIELDER: Sergej Milinkovic-Savic

BEST ATTACKER: Fabio Quagliarella

BEST YOUNG MAN: Nicolò Zaniolo

MVP – BEST IN ABSOLUTE: Cristiano Ronaldo

Lencana tersebut ditampal di bahagian hadapan baju, di dada.

blank

blank

Namun dalam aksi di antara Juventus vs Napoli, Kalidou Koulibaly Dan Cristiano Ronaldo bertemu. Namun hanya Koulibaly yang memakai lencana itu.

Juventus menang 4-3 dalam aksi yang dramatik. Juventus mendahului 3-0. Pada separuh masa kedua mereka dihambat oleh Napoli yang berjaya menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua.

Pada masa kecederaan Kalidou Koulibaly tertampan bola ke gawang sendiri.

Berbalik kepada kisah lencana tadi, Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak untuk memakai jersi yang ada lencana emas itu.

Beliau punyai alasan tersendiri. Menurut Ronaldo, beliau tidak mahu dibezakan dengan rakan-rakan sepasukannya yang lain di atas padang.

blank

Tindakan Ronaldo ini mungkin akan diberikan perhatian oleh Serie A. Hal ini kerana lencana itu diberikan oleh Serie A yang ditaja oleh penaja utama mereka.

Ia juga antara salah satu taktik pemasaran oleh Serie A.

Lagipun di antara kesemua penerima lencana itu, Ronaldo adalah yang tertinggi, selaku Pemain Terbaik tahunan Serie A.

Apapun, kami tabik dengan sikap Ronaldo yang seringkali dikatakan bongkak dan mementingkan kemasyhuran peribadi. Beliau ternyata meletakkan pasukan sebagai keutamaan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.