Cristiano Ronaldo Diboo Dan Dicemuh Peminat Korea Selatan Kerana Mungkiri Kontrak

Juventus beraksi di Korea Selatan dalam aksi pemanas badan pra musim berhadapan dengan Bintang K-League. Namun begitu, penyokong di dalam stadium telah mengejek Cristiano Ronaldo dengan bunyi boo.

Segalanya berlaku kerana Ronaldo dikatakan telah melanggar kontrak yang menyatakan pemain itu akan beraksi 30 minit dalam perlawanan tersebut. Perkara itu dilaporkan sebahagian daripada janji oleh Juventus dalam usaha menarik penyokong bagi menyaksikan pasukan itu di Korea Selatan.

Cristiano Ronaldo kemudiannya disahkan tidak dapat bermain dalam perlawanan ini. Perkara itu menimbulkan kekecewaan yang berubah menjadi kemarahan para penyokong. Setiap kali wajah Ronaldo terpampang di skrin besar, beliau diboo oleh peminat.

Ada juga peminat yang menyorak nama Messi , seteru utama Ronaldo, bagi menyatakan kemarahan mereka kepada Cristiano Ronaldo. Mereka turut menjerit “Jangan pernah datang ke Korean lagi” – ditujukan kepada Ronaldo.

Ronaldo jelas kehairanan dengan perkara itu. Beliau tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

Cristiano Ronaldo, bottom third from right, of Juventus sits on the bench during a friendly match against Team K League at the Seoul World Cup Stadium in Seoul, South Korea, Friday, July 26, 2019. (AP Photo/Ahn Young-joon)

Sarri kemudian tampil memberikan penjelasan tentang isu Ronaldo tidak dapat beraksi. Menurut Sarri: “Ronaldo awalnya kami jangka akan dapat permain, tetapi beliau tidak dapat beraksi kerana kelesuan dan impak pada otot beliau.”

Perkara itu turut mendapat perhatian oleh Pengerusi Juventus, yang merupakan individu yang dilaporkan menabur janji kepada para peminat. Menurut Sarri, beliau sudah memaklumkan kepada Agnelli perkara itu, dan keputusan untuk merehatkan Ronaldo direstuai oleh tuan pengerusi.

Dalam aksi yang sama para pemain Bintang K-League turut meraikan gol ala Ronaldo, dedikasi kepada pemain tersebut.

Juventus seri 3-3 dalam aksi tersebut.

Ramai juga mempersoalkan kenapa Agnelli meletakkan kontrak pelik seperti itu semata-mata untuk menarik penyokong ke Stadium? Nampak sangat Juventus terdesak menggunakan nama Ronaldo untuk menjual tiket pra musim mereka.

Jika dilihat pada pra musim pasukan seperti Manchester United, mereka turunkan sesiapa sahaja, pun para peminat ramai akan datang dan bersorak.

Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada kontrak pelik itu benar-benar wujud? Ataupun para penganjur telah mempermainkan para peminat? Kami juga tidak mendapat maklumat rasmi sama ada Ronaldo tahu akan kontrak pelik itu ataupun ianya memang ditetapkan kelab atas kapasiti esklusif.

Tidak boleh menyalahkan Maurizio Sarri dan Cristiano Ronaldo, kerana risiko kecederaan lebih besar boleh menimpa jika pemain itu dipaksa bermain dalam keadaan fizikal tidak berada dalam keadaan terbaik.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.