Cristiano Ronaldo Cari Gadis McD Bernama Edna Kerana Mahu Balas Jasa

Cristiano Ronaldo mengalirkan air mata beliau ketika sesi temuramah yang terbuka dengan Piers Morgan. Ini selepas beliau mengenang kembali kesusahan beliau ketika kecil dan juga ketika melihat video mendiang ayahnya.

Seperkara lagi yang menarik, Cristiano Ronaldo telah menggunakan temuraamah tersebut untuk mencari seorang wanita bernama Edna.

Edna dahulunya bekerja di sebuah McDonald’s di Lisbon. Ketika itu Ronaldo sangat lapar dan meminta burger daripada pekerja di sana.

Edna dan 2 lagi rakannya, sangat baik hati telah memberikan Ronaldo burger.

“Ketika itu, lewat malam dalam 10.30 atapun 11 malam, kami agak kelaparan. Ada McDonald’s di situ, bersebelahan dengan stadium. Kami selalu ke belakang  dan mengetuk pintu, jika ada orang di dalam, dan kalau-kalau ada lagi baki burger.”

“Edna dan 2 lagi gadis rakannya menolong kami. Dan selepas itu, saya tidak pernah bertemu dengan mereka lagi.”

“Kini, restoran itu sudah tiada lagi. Sudah ditutup. Saya tanya beberapa orang di Portugal, dan mereka menyatakan McDonald’s itu sudah tutup.”

“Saya mahu ambil kesempatan menggunakan sesi temuramah ini untuk mencari Edna. Supaya saya boleh memberikan beliau sesuatu sebagai pulangan di atas kemuliaan beliau.”

“Jika saya dapat bertemu dengan Edna, saya akan sangat gembira.”

“Saya mahu menjemput mereka ke Turin ataupun Lisbon untuk makan malam bersama dengan saya, kerana saya mahu membalas jasa mereka. ”

“Ini kerana saya sangat menghargai apa yang mereka lakukan ketika itu, dan saya tidak akan sesekali melupakan jasa mereka.”

Betullah kata pepatah, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Semoga Ronaldo dipertemukan dengan Edna.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.