Cristiano Ronaldo Berada Dikedudukan Kesembilan Dalam Senarai 20 Pemain Paling Bernilai Serie A

Menurut sumber lapoan dari Transfer Markt, Cristiano Ronaldo hanyalah pemain kesembilan paling bernilai dalam saingan Serie A.

Pemenang lima kali gelaran ballon d’or itu telah berjaya menjaringkan 55 gol dalam saingan utama liga Itali sejak berhijrah dari Real Madrid ke Juventus pada tahun 2018 dengan nilai £100 juta.

Tetapi, tidak lama lagi usia beliau akan mencecah 36 tahun dan nilai pasaran Cristiano Ronaldo turun mendadak dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Transfer Markt.

Pemain kebangsaan Portugal itu berada dikedudukan kesembilan dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Transfer Markt dan dinilai dengan nilai £54 juta.

Ronaldo juga dinilai sama nilainya dengan rakan sepasukannya, Arthur Melo, penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma dan pertahanan Inter Milan, Stefan De Vrij.

Ronaldo juga merupakan pemain Juvetus ketiga paling bernilai dalam senarai tersebut dengan Paulo Dybala dan Matthijs De Ligt berada dalam kelompok tiga kedudukan tertinggi dalam senarai.

Paulo Dybala telah dinilai dengan nilai £ 72 juta dan Matthijs De Ligt pula dinilai dengan nilai £ 63 juta dengan kedua-dua mereka berada dikedudukan kedua dan ketiga dalam senarai 20 pemain Serie A paling bernilai.

Penyerang handalan Inter Milan, Romelu Lukaku pula telah dinilai sebagai pemain paling bernilai dalam saingan Serie A.

Penyerang kebangsaan Belgium itu telah dinilai dengan nilai £76 juta selepas mempamerkan ketajaman luar biasa bersama Inter Milan.

Susulan dari perpindahannya meninggalkan Manchester United sebelum ini, Lukaku telah berjaya menjaringkan 41 gol dari 57 penampilannya untuk Inter Milan.

Tidak dinafikan aksi mantap yang telah beliau pamerkan menjadikan dirinya sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia pada ketika ini.

Lukaku berjaya membina keserasian yang luar biasa bersama rakan sepasukannya, Lautaro Martinez yang turut berada dalam senarai tersebut dan dinilai dengan nilai £63 juta.

Pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly yang sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan mega ke Manchester City melengkapkan senarai tersebut di kedudukan kelima dan dinilai dengan nilai £58.50 juta.

Berikut merupakan senarai 20 pemain paling bernilai dalam saingan Serie A mengikut dari sumber laporan terbaru dari Transfer Markt.

20 Pemain Paling Bernilai Serie A:

20. Lorenzo Insigne (Napoli) – £43.20m

19. Federico Chiesa (Juventus) – £43.20m

18. Fabian Ruiz (Napoli) – £45.00m

17. Rodrigo Bentancur (Juventus) – £45.00m

15. Nicolo Barella (Inter Milan) – £45.00m

14. Victor Osimhen (Napoli) – £45.00m

13. Christian Eriksen (Inter Milan) – £45.00m

12. Milan Skriniar (Inter Milan) – £45.00m

11. Achraf Hakimi (Inter Milan) – £45.00m

10. Arthur Melo (Juventus) – £54.00m

9. Cristiano Ronaldo (Juventus) – £54.00m

8. Gianluigi Donnarumma (AC Milan) – £54.00m

7. Stefan de Vrij (Inter Milan) – £54.00m

6. Sergej Milinkovic-Savic (Lazio) £58.50m

5. Kalidou Koulibaly (Napoli) – £58.50m

4. Lautaro Martinez (Inter Milan) – £63.00m

3. Matthijs de Ligt (Juventus) – £63.00m

2. Paulo Dybala (Juventus) – £72.00m

1. Romelu Lukaku (Inter Milan) – £76.50m

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.