Cristiano Ronaldo Bengang Dan Hampir Melempang Pitch Invader

Siapa yang tak kenal Cristiano Ronaldo. Bintang bola sepak dunia yang terkemuka dan sangat popular. Beliau kini beraksi untuk Juventus.

Sebelum ini Ronado sudah beraksi bersama kelab besar seperti Real Madrid dan juga Manchester Uniteed.

Beliau merupakan personaliti bola sepak yang paling popular dan menjadi pujaan ramai pihak di seluruh dunia, tidak kira lelaki dan wanita.

Ronaldo memiliki kuasa publisiti yang sangat kuat. Bukan setakat popular, kehebatan beliau di atas padang membolehkannya sudah memiliki 5 Ballon d’Or di atas namanya.

Cristiano Ronaldo juga turut dikenali dengan sikapnya yang peramah dan suka melayan karenah para peminatnya. Ini termasuk mereka yang masuk ke padang untuk mengambil gambar dengannya.

Walaupun perbuatan itu salah, namun Ronaldo seringkali mengarahkan petugas keselamatan untuk memberikan peluang kepada para peminatnya.

Hal ini kerana Ronaldo sangat memahami perasaan para peminatnya.

Namun dalam aksi menentang Bayer Leverkusen Ronaldo berhadapan dengan 3 insiden pencerobohan padang. Dan ia agak keterlaluan.

Di mana petugas keselamatan?

Pada insiden pertama Ronaldo masih melayannya dan memeluk lelaki yang masuk ke padang, yang juga merupakan peminatnya.

Keadaan menjadi semakin agresif pada insiden kedua. Seorang lelaki telah berlari dan meluru ke arah Ronaldo. Namun Ronaldo berjaya mengelakkannya.

Dan insiden ketiga adalah ketika perlawanan tamat. Di mana ada penceroboh yang menarik bahunya sehingga membuatkan Ronaldo hampir terjatuh.

Ronaldo dilihat bengang dan hampir sahaja beliau menempeleng kepala penceroboh tersebut.

Ianya tidak lagi ‘cool’ apabila ada penceroboh yang terlalu agresif dan menyerang daripada belakang.

Ronaldo ditenangkan rakannya agar tidak melakukan perkara yang di luar kawalan dalam keadaan beliau yang agak dikuasai amarah.

Lelaki tersebut dibawa keluar oleh petugas keselamatan di dalam stadium.

Mujur Ronaldo masih dapat mengawal tindakannya. Jika tidak, pasti media akan menghentam beliau kerana melempang penceroboh padang tersebut.

Ronaldo dilihat memegang lehernya kerana kesakitan selepas insiden tersebut. Jelas sekali ia bukan tindakan yang bijak daripada penceroboh padang.

Begitu juga dengan petugas keselamatan yang terlepas sehingga 3 individu yang berjaya menceroboh padang.

Juventus menang 2-0 dalam aksi di BayArena. Mereka sudah mara ke pusingan kalah mati sebelum perlawanan ini lagi.

Ronaldo dan Gonzalo Higuain berada dalam senarai penjaring gol. Kedua-dua pemain terus cuba membuktikan sesuatu kepada Maurizio Sarri pada musim ini.

Bayer Leverkusen pula tersingkir daripada persaingan. Mereka akan beraksi di Europa League selaku pasukan tangga ketiga kumpulan D.

Ronaldo sebelum ini pernah berjanji akan membantu Juventus menjuarai UCL. Dan tahun ini mungkin beliau akan mengotakan janjinya?

UCL masih menjadi idaman Juventus selepas era mereka jatuh kerana Calciopoli beberapa tahun yang lalu. Di mana ketika itu Juventus diturunkan divisyen ke Serie B.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.