Cristiano Ronaldo Bengang Dan Halau Pitch Invader

Cristiano Ronaldo merupakan Superstar yang paling popular di arena bola sepak. Maka tidak hairan sepanjang kariernya beliau sudah berhadapan dengan ramai pitch invader yang mahu memeluknya.

Dan sudah ramai juga penceroboh padang ini yang dilayan dengan baik oleh Cristiano Ronaldo meskipun mereka sebenarnya melakukan kesalahan.

Beliau juga seorang yang ramah dengan peminat.

Namun di dalam aksi berhadapan dengan Lyon semalam, Cristiano Ronaldo dilihat bengang dengan penceroboh padang.

Penceroboh padang tersebut berlari meluru menujunya. Cristiano Ronaldo menolak penceroboh tersebut agar meninggalkan Padang dengan segera.

Mungkin pada ketika itu Cristiano Ronaldo merasakan penceroboh padang tersebut telah mengganggu tempo permainan mereka.

Hal ini kerana Juventus sedang ketinggalan di belakang pasukan Lyon.

Namun penceroboh padang tersebut kembali semula dan memeluk kaki Cristiano Ronaldo. Akhirnya bintang Portugal itu kelihatan memberikan peluang kepada penceroboh tersebut.

Anda saksikan di bawah ini:

https://twitter.com/FutbolBible/status/1232955877176619008?s=19

Nampaknya bukan hari yang bagus untuk si penceroboh padang. Kadangkala kita kena faham juga keadaan pada pemain di atas padang. Mereka juga ada tekanan tersendiri nak memenangi perlawanan.

Sebelum ini Ronaldo juga pernah bengang ketika penceroboh padang menarik bahunya.

Juventus kalah

Lyon berjaya menewaskan Juventus dalam aksi Liga juara-juara Eropah pada
awal pagi tadi waktu Malaysia.

Juventus tampil sebagai pasukan lebih dominan di dalam perlawanan ini, namun mereka bergelut untuk mencipta peluang pada awal separuh masa pertama.

Lyon mengancam kubu Juventus pada awal perlawanan dengan tandukan oleh Maxwell Cornet pada minit ke-20. Namun bola tandukan itu terkena palang meskipun sudah menewaskan Wojciech Szczesny.

Pada minit ke 30 Juventus bocor jua apabila Lucas Tousart menjaringkan gol pembukaan. Beliau melakukan first time shot pada jarak dekat, selepas menerima hantaran cut back daripada rakannya.

Tersentak dengan gol itu Juventus cuba memperbaiki aksi mereka. Lyon pula tampil dengan aksi lebih yakin.

Ronaldo melakukan rembatan lemah pada minit ke-35 yang liar. Jelas sekali Ronaldo tidak begitu menikmati malam Liga juara-juara Eropah pada kali ini.

Maxwell Cornet Melakukan dua percubaan deras selepas itu tetapi gagal menemui sentuhan gol.

Minit ke-69 Dybala memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Penyerang Argentina itu melakukan rembatan jarak dekat tetapi gagal menemui sasaran.

Satu lagi peluang keemasan tiba pada minit ke-85, namun penyerang kebangsaan Argentina, Gonzalo Higuain mempersia-siakan peluang gol.

Tamat perlawanan Lyon berjaya mengejutkan pasukan Juventus dengan kemenangan tipis 1-0.

Walaupun ianya tipis tetapi cukup berharga untuk dijadikan bekalan bagi menghadapi perlawanan kedua. Mereka juga berjaya mengelak daripada melepaskan sebarang gol tempat lawan kepada Juventus.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung 3 minggu dari sekarang di Turin Itali.

Lebih parah lagi apabila pasukan Juventus gagal untuk mencatatkan sebarang percubaan tepat ataupun shot on target.

Ini adalah pertama kali pasukan Juventus gagal untuk mencatatkan sebarang percubaan tempat di dalam perlawanan Liga juara-juara Eropah sejak 2014.

Saksikan rangkuman perlawanan di bawah ini:

Team Line Up

Lyon: Lopes; Denayer, Marcelo, Marcal; Dubois, Tousart, Guimaraes, Cornet; Aouar, Toko-Ekambi, Dembele.

Juventus: Szczesny; Danilo, Bonucci, De Ligt, Alex Sandro; Pjanic, Rabiot, Bentancur; Cuadrado, Dybala, Ronaldo

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.