Cristiano Ronaldo Bantu Barcelona Mendapatkan Miralem Pjanic

Cristiano Ronaldo telah meletak tepi sejarah beliau sebagai pemain Real Madrid apabila membantu seteru utama bekas kelabnya itu untuk menandatangani Miralem Pjanic.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d’or itu sebelum ini telah beraksi bersama skuad los blancos selama sembilan tahun.

Beliau juga telah menjadi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman untuk Real Madrid.

Seperti semua maklum, Barcelona merupakan seteru utama Real Madrid dan perseteruan kedua-dua pasukan itu sudah bermula sejak lama dahulu.

Cristiano Ronaldo dianggap sebagai salah seorang bintang paling disayangi dan disanjungi di Madrid. Beliau sepertinya tiada pembenci dari kalangan peminat los blancos.

Akan tetapi, bintang Juventus itu kini telah membantu seteru utama Madrid itu untuk menandatangani bekas rakan sepasukannya Pjanic.

Dalam satu temu bual bersama Mundo Deportivo, Pjanic telah mengakui bahawa Cristiano Ronaldo banyak memuji Barcelona ketika beliau membincangkan soal kebarang kalian perpindahannya.

“Ia adalah sebaliknya.”

Beliau memulakan bicara.

“Ketika semua sudah selesai, dia memberitahu saya bahawa dia sangat gembira untuk saya, dia juga cakap saya akan gembira di sana kerana permainan di Sepanyol sangat bagus dan menarik.”

“Ianya buruk untuk dia kerana saya meninggalkan Juventus, tetapi dia menjelaskan kepada saya bahawa dia fikir saya akan mempunyai lebih banyak keseronokkan bersama pasukan yang hebat seperti Barcelona.”

“Cristiano telah menjadi sangat profesional di Juventus, dia merupakan pemain yang akan menunjukkan banyak perkara yang menarik dan seorang yang memainkan peranan sangat penting dalam bilik persalinan dengan menjadi contoh yang sangat baik untuk semua orang.”

Barcelona menandatangani Pjanic dengan nilai £45 juta ketika awal jendela perpindahan dibuka dengan Arthur Melo pergi ke arah bertentangan dengan nilai £66 juta.

“Mentaliti merupakan satu hal yang sangat penting dan sesuatu yang mereka miliki itu sangat unik.”

Sambung Pjanic.

“Mereka bermain di peringkat tertinggi untuk tempoh yang lama dan kerana itu kamu harus lebih fokus dengan kerja kamu, kamu harus cintakan bola sepak.”

“Mereka sentiasa mahu menambah baik dalam semua segi dan semua pertandingan, mereka adalah contoh untuk semua orang.”

Walau kehadiran Pjanic memberi sesuatu yang baru untuk Barcelona, minggu lalu skuad gergasi Catalan itu telah mengucapkan selamat tinggal kepada bintang handalan mereka, Luis Suarez.

Suarez merupakan pemain yang menduduki kedudukan ketiga dalam senarai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman.

Selepas enam tahun menabur bakti untuk Barcelona, Suarez telah menitiskan air matanya saat sidang media perpindahannya pada Khamis lalu.

Sahabat karib Suarz, Lionel Messi turut terkesan dengan pemergian bintang Uruguay itu dan telah menulis ucapan perpindahan kepadanya menerusi laman Instagram milik beliau sendiri.

Messi turut mengecam tindakan pengurusan Barcelona yang beliau rasakan tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu kepada Suarez.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.