Cristiano Ronaldo, Atlet Yang Paling Dikagumi Tahun 2019

Satu bancian telah dilakukan oleh YouGov, mendapati Cristiano Ronaldo adalah atlet yang paling dikagumi. Dalam ranking keseluruhan, Ronaldo berada di tangga ke-7.

Ronaldo turut menjadi atlet di ranking tertinggi secara keseluruhan. Seteru Ronaldo, iaitu Lionel Messi pula berada di tangga ke-9.

Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang ada 5 Ballon d’Or. Beliau naik 3 anak tangga, daripada kedudukan tahun lalu. Messi pula naik 3 anak tangga.

Sikap Ronaldo yang pemurah dan ramah antara perkara yang membuatkan beliau sangat disenangi. Beliau seringkali menghargai peminat beliau walau di mana sahaja.

Terbaru, Ronaldo membuktikan beliau berjiwa murni dengan mencari gadis yang pernah membantunya ketika masih di akademi bola sepak di Lisbon.

Ronaldo meminta orang ramai membantu beliau mencari Edna dan 2 lagi rakannya yang kerap memberikan burger kepada Ronaldo dan rakan-rakannya, ketika mereka lapar.

Ronaldo juga dikenali dengan sikap pemurahnya yang seringkali menyumbang kepada badan kebajikan termasuk ke negara yang bergolak seperti Palestine.

Bill Gates menjadi lelaki yang paling dikagumi pada 2019. Antara sebabnya, adalah kerana beliau juga sangat pemurah dan banyak membantu mereka yang memerlukan.

Di atas padang, Cristiano Ronaldo, kerap menampakkan sisi ego beliau. Ia berbeza sekali dengan personaliti beliau di luar padang.

Ronaldo sudah berusia 34 tahun, namun masih berada di peringkat tertinggi dalam kariernya. Ini kerana dedikasi dan kerja keras yang beliau berikan.

Beliau kini bermain untuk pasukan gergasi Itali, Juventus. Ronaldo turut menjadi atlet yang berpengaruh dari segi publisiti.

Musim lalu, Ronaldo menjadi Pemain Terbaik Serie A, pada musim pertama beliau di Itali.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.