Ini bukanlah cerita yang baharu kita baca. Banyak sumber sudah menceritakan bahawa Cristiano Ronaldo antara bakat yang pernah dipantau oleh Arsenal, dan pernah diuji untuk menyertai mereka.
Malah Arsene Wenger sendiri pernah mendedahkan betapa hampirnya Ronaldo daripada menyertai Arsenal satu ketika dahulu.
Namun kali ini, tuan empunya badan sendiri, Cristiano Ronaldo, mengakui akan perkara itu. Dan tiada dakwa-dakwi lagi akan kebenaran perkara itu.
Dalam temu ramah denga seorang penyokong Gunners, dan personaliti terkenal, Piers Morgan, Ronaldo menyatakan:
“Ya, benar, saya sangat hampir menyertai Arsenal pada 2003. Sangat sangat hampir, hanya selangkah sahaja lagi.”
“Luar biasa.”
“Mereka kelab yang hebat. Namun perkara itu gagal direalisasikan. Saya mahu menyatakan penghargaan di atas apa yang mereka pernah lakukan kepada saya, terutama sekali Arsene Wenger.”
Ronaldo turut berkenan menerima cendera mata daripada Piers Morgan berupa jersi Arsenal dengan namanya, perkara yang hampir berlaku satu ketika dahulu.
Video: Cristiano Ronaldo on how close he was to joining Arsenal & the respect he has for the club & Arsène Wenger. [@MagnetoMus via ITV] #afc pic.twitter.com/D7K7wBYsYy
— afcstuff (@afcstuff) September 17, 2019
Ronaldo selepas itu menyertai Manchester United dengan nilai £12.24 juta.
Arsenal berusaha untuk mendapatkan beliau ketika itu, namun Ronaldo lebih tertarik untuk bekerjasama dengan Sir Alex Ferguson.
Dan sepanjang di Old Trafford beliau memenangi EPL serta UCL ketika di Old Trafford. Beliau juga memenangi 1 Ballon d’Or ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Ronaldo kemudian berhijrah ke Real Madrid dan memenangi 4 UCL ketika di sana. Menjadikan beliau pemain paling berjaya dalam UCL, dengan pelbagai lagi rekod. Kini Ronaldo bermain untuk gergasi Itali. Juventus.
Ronaldo kini sudah memiliki 5 Ballon d’Or dan masih berpeluang menambah koleksi itu. Beliau dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.
Ini bukanlah satu-satunya nama elit yang hampir menyertai Arsenal tetapi gagal. Nama-nama lain adalah seperti Zlatan Ibrahimovic yang kecewa kerana diarahkan melakukan trial dengan Arsenal.
Zlatan yang ketika itu masih pemain muda, berkata: “Maaf, Zlatan tidak akan menyertai sebarang trial dengan mana-mana pasukan.”
Selain itu, Paul Pogba, Yaya Toure, Luis Suarez, Gigi Buffon, Ngolo Kante, Dmitri Payet, Lionel Messi dan juga Didier Drogba, kesemua mereka pernah hampir menyertai Arsenal.