Philippe Coutinho dilaporkan mahu kembali ke Liverpool musim panas ini dan bahkan telah merayu rayu untuk kembali ke Anfield.
Malah pemain yang pernah menjadi wira Anfield itu dikatakan telah berusaha menggunakan kabel besar bagi mencapai hasratnya itu.
Pemain yang bagus tidak sepatutnya berharap menggunakan kabel, kerana pasti ada kelab yang mahukan mereka.
Namun Coutinho merasai bebanan dan penyesalan di atas kesilapannya yang meninggalkan Liverpool atas alasan, beliau tak akan menang satu apa pun di sana kalau terus kekal.
Menurut laporan dari Kevin Palmer, Coutinho dan ejennya Kia Joorabchian telah menjelaskan bahawa pemain Brazil itu mahu Klopp membantu merealisasikan semula kepulangannya.
Coutinho sedia dipotong gaji yang banyak untuk mencapai hasrat dan impiannya itu.
Impian beliau adalah nak bermain bola sepak dengan cara Mane, Keita, Salah.
Barcelona dilaporkan bersedia membiarkan Coutinho dipinjamkan sekali musim panas ini dan bahkan bersedia membayar sebahagian daripada gajinya untuk memastikan mereka tak terbeban dengan gaji Coutinho.
Walaupun dia pergi dalam keadaan yang memyimpang dan tidak senonoh, impak Coutinho di Anfield dahulu adalah besar. Di mana dia menjaringkan 54 gol dan mendapat 43 assist untuk kelab itu, dan sepertinya dia mahu peluang untuk menambah jumlah itu.
Dengan dana Liverpool yang berpotensi terhad, langkah pinjaman untuk Coutinho boleh menjadi cara yang lebih baik dari segi kewangan bagi Klopp untuk membuat penambahan berimpak tinggi dalam skuad tanpa harus mengeluarkan dana transfer yang besar.
Walaubagaimanapun, cara Coutinho memaksa perpindahannya ke Barcelona pada tahun 2018 tidak akan dilupakan oleh beberapa peminat Liverpool yang terluka.
Adakah mereka akan melupakan saat pemain itu menggunakan helah sakit belakang dan memberitahu mereka bahawa kelab impiannya adalah Barcelona, hanya beberapa bulan selepas dia melanjutkan kontrak di Anfield.
Philippe Coutinho is said to have personally contacted Jürgen Klopp with a view to returning to Liverpool, even if it means cutting his salary sharp.#LFC 🔴 pic.twitter.com/nj6ptufP7t
— Liverpool FC 🔴 (@Reds_ENG) June 14, 2020
Perkara yang sama boleh mempengaruhi perasaan Klopp juga.
Pengurus yang sudah melakukan segalanya untuk mengekalkan pemain itu dan pernah berkata: “Kau pergi sana, kau jadi pemain biasa je, kau kekal di sini, maka aku akan jadikan kau legenda di kelab ini.”