Counter-Strike, Antara Permainan Video Yang Paling Popular Sepanjang Zaman

Leo Maestro 6 hari yang lalu

Counter Strike dianggap antara permainan video yang terbaik pernah dihasilkan. Counter Strike adalah cetusan idea pengasas Valve Corporation, Minh “Gooseman” Le dan Jess Cliffe. Le berkata:

Lalu Le dan rakan-rakannya cuba menghasilkan satu permainan perperangan yang pantas untuk membolehkan pemainnya merasai detik cemas dalam tempo yang pantas.

Counter-Strike Menemui Peminat

Permainan ini menemui peminatnya pada 1999. Dan ia menjadi permainan yang menjadi kegilaan generasi muda ketika itu. Ia dianggap permainan video nombor 1. Tiada tandingan!

Di negara kita, turut measai demam CS ini. Ramai pelajar sekolah yang sanggup ikat perut demi untuk pergi ke Cyber Cafe dan bermain Counter Strike.

Minggu pertama perlancarannya, ia sudah dibeli sebanyak 10,000 salinan dari seluruh dunia. Counter-Strike adalah permainan yang mahu memberikan pemainnya kebebasan dan kecekapan dalam mengendalikan senjata dan juga taktik perperangan secara berpasukan.

Aspek multi-players ini memang digemari dengan pendekatan first-person shooter. Valve Corp melantik Barking Dog Studios untuk membantu mereka menghasilkan versi beta 5.0.

Barking Studio sangat membantu dalam memperbaiki permainan ini. Namun selepas itu, Valve Corp mengambil alih secara penuh untuk aspek seperti pemetaan dalam permainan.

Barking Studios adalah hero yang tak didendang dalam kebangkitan Counter-Strike. Valve Corp kemudian mengeluarkan Conter-Strike: Global Operations pada 2002.

CS 1.6 vs CS:S

Namun mereka mendapat tentangan hebat daripada Max Payne 3 ketika itu. Pada tahun 2003, mereka menghasilkan salah satu versi Counter-Strike terbaik iaitu CS 1.6.

“Kami mahu menghasilkan permainan video yang lebih realistik, pertempuran yang lebih pantas. Kami juga melihat Call Of Duty dan Medal Of Honor juga menuju ke arah yang sama.”

Ketika ini, CS mulai bergerak sealiran dengan arus permainan digital di mana kemaskini data adalah secara automatik menerusi server steam. Namun kemaskini agak minima kerana Counter-Strike mahu mengekalkan permainan yang laju dan ringan untuk pemainnya.

CS 1.6 memberikan lebih pengalaman dan kepuasan kepada pemainnya dengan aspek taktikal dalam perperangan menjadi aspek sangat penting. Tidak lama selepas itu, CS1.6 agak menurun sambutannya kerana persaingan daripada perkembangan permainan video lain.

Lalu CS mengorak langkah dengan menghasilkan Counter-Strike: Condition Zero (CS:S) yang menggabungkan kerjasama 5 pemaju permainan video iaitu, Valve, Rogue Entertainment, Gearbox Software, Ritual Entertainment, dan Turtle Rock Studios.

Sambutan ke atas permainan CS: Condition Zero sangat baik tetapi selepas itu ia mendapat beberapa kritikan. Pemain CS:Condition Zero menghargai penambahbaikan yang ketara dari segi mod permainan, tetapi mereka tidak nampak ada perubahan besar dalam map.

Pada 2003 juga, Ritual Entertainment menghasilkan CS untuk konsol X-Box. Walaupun usaha ini berjaya memperbaiki imej Counter Strike: Condition Zero tetapi ramai pemain mereka yang beralih semula ke CS 1.6.

Selepas belajar daripada beberapa kesilapan, Valve Corp menyatakan yang mereka akan menghasilkan projek mega iaitu Counter-Strike: Source. Namun sambutan ke atasnya sangat hambar.

Peminat CS menuduh ini adalah versi kitar semula daripada versi terdahulu. Sekali lagi versi 1.6 terus menjadi pilihan ramai peminat yang masih enggan berganjak ke versi baru selepas mendengar banyak kritikan.

Kini Valve Corp ada masalah dalam komuniti pemain mereka. Valve cuba membentuk komuniti dalam versi terkini CS:S tetapi pada masa yang sama, ramai pemain mereka masih kekal dengan CS 1.6.

Sehingga 2012, 2 komuniti ini masih terpisah dan seringkali bertelagah di antara satu sama lain. Mana satu permainan yang lebih baik.

Kesannya kepada CS adalah, 2 kelompok ini mencari hujah untuk mengkritik kelemahan versi berbeza dan ia memberikan impak kepada imej CS itu sendiri secara tak langsung.

Valve telah mengeluarkan banyak maps yang baru untuk CS:S. Mereka mahu peminat mereka beralih ke CS:S.

Selepas berjaya menarik ramai peminat, Valve melakukan perkara bodoh sekali lagi. Pada Oktober 2006, mereka mengeluarkan kemaskini dengan harga terbaru untuk semua senjata dan kelengkapan.

Hasrat mereka untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar dengan menaikkan harga kesemuannya. Ini membuatkan ramai pemai mereka sukar untuk menikmati senjata yang terbaik.

Kevlar and Armor dinaikkan daripada $1000 kepada $4000. Desert Eagle, salah satu senjata paling digemari dalam CS telah dinaikkan daripada $650 kepada $5000.

CS: Global Offensive

Selepas itu Le dan rakan-rakannya mencipta Counter-Strike: Global Offensive. Ini dianggap versi yang mengidupkan semula Counter-Strike selepas kehilangan ramai pengikut.

Kali ini, CS boleh dimainkan di semua platform Microsoft Windows, OSX,  Linux, Xbox 360 dan PlayStation.

Walaupun permainan Counter-Strike ini berbeza versi tetapi pihak pengeluar permainan ini cuba sedaya upaya mengekalkan peta dalam permainan CS ini. Mereka hanya memperbaiki grafik dan visual.

Seterusnya mereka mewujudkan suasana yang berbeza seperti siang dan malam kerana ramai pemain yang mahukan cabaran dalam suasana yang berbeza.

“Ramai pemain yang hardcore mahukan suasana ini berbeza-beza, siang ataupun malam. Itulah sebab kenapa kami terpaksa mencari rakan baru untuk memasukkan aspek ini dalah CS: Global Offensive.”

“Kami tahu Valve tidak akan memuaskan semua orang tetapi kami telah memuaskan ramai orang. Kami hanya fokus kepada kerja kami untuk menghasilkan produk terbaik dan membiarkan mereka memilih mana satu versi CS yang mereka suka.”

Counter-Strike: Global Offensive dilancarkan pada 2012. 13 tahun selepas mod asli CS dilancarkan satu ketika dahulu. Permainan ini telah menjadi antara permainan yang membantu menaikkan E-Sukan dunia.

Hari ini, pertandingan Counter-Strike: Global Offensive ini menawarkan hadiah beratus ribu dollar kepada pemenangnya.

Le mengakui dia berbangga melihat permainan itu digunakan sebagai salah satu permainan utama dalam E-Sukan dunia.

“5 tahun lalu, saya sendiri merasakan yang CS ini akan mati. Saya berbangga melihat usia permainan ini yang panjang.”

Le memberitahu yang pihak mereka akan cuba memastikan Counter-Strike ini kekal sebagai permainan yang lebih ringan berbanding dengan Call Of Duty da Battlefield.

Namun begitu, mereka tetap menjaga kualiti dinamik di dalam permainan ini yang diperbaiki tahun demi tahun. Sudah lebih 25 juta salinan permainan ini terjual sejak ia dihasilkan pada 1999.

Anda masih bermain CS? Versi mana yang paling anda suka?


SHARE ()