Copa Italia musim 2019/20 telah memasuki peringkat separuh akhir dan menemukan dua pasukan Seriea A, AC Milan yang mahu bangkit dan juga Juventus yang mahu terus berkuasa.
Pertembungan ini menjadi tumpuan kerana dua bintang akan bertembung di padang iaitu Zlatan Ibrahimovic dan Cristiano Ronaldo.
AC Milan dilihat mendominasi perlawanan ini dengan serangan demi serangan namun tersasar dan Gianluigi Buffon lebih bersedia.
Separuh masa pertama permainan berakhir tanpa sebarang jaringan.
Cristiano Ronaldo. Zlatan Ibrahimovic. Two legends of the modern game.
Today, they meet once again 💥 pic.twitter.com/4NTtxeX7B0— B/R Football (@brfootball) February 13, 2020
Pada minit ke-61 hantaran Samu Castillejo cuba disundul oleh Zlatan Ibrahimovic dengan satu lonjakkan tinggi ke udara.
Tapi sayang bola tidak berjaya disentuh langsung oleh Zlatan, namun bola jatuh ditepat di depan Ante Rebic.
Tanpa membuang masa Anter Rebic menolak bola masuk ke gawang menewaskan Gianluigi Buffon.
Pada minit ke-71, AC Milan terpaksa bermain 10 orang untuk baki permainan selepas Theo Hernandez dilayangkan kad kuning kedua.
Selepas AC Milan bermain 10 orang barulah Juventus mampu untuk kembali bernafas.
35-year-old Cristiano Ronaldo has 11 goals in his last seven games 🍷 pic.twitter.com/gDc6KThfFS
— B/R Football (@brfootball) February 13, 2020
Pada minit ke-87 aksi akrobatik Ronaldo melakukan tendangan gunting telah terkena tangan Davide Calabria.
Video Assistant Referee(VAR) menghadiahkan sepakan penalti dan Ronaldo tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol itu.
Ini merupakan jaringan 11 gol dalam tujuh perlawanan terakhir.
https://www.youtube.com/watch?v=fuAtuFUxWoI
—
https://www.youtube.com/watch?v=fKme7pcc8YA
AC Milan: G Donnarumma; Calabria, Kjaer, Romagnoli, T. Hernandez; Castillejo, Kessie, Bennacer, Rebic (Laxalt 74); Calhanoglu (Paqueta 87); Ibrahimovic
Subs not used: Begovic, Bonaventura, Gabbia, Saelemaekers, Brescianini, Musacchio, Leao, A Donnarumma, Maldini
Juventus : Buffon; De Sciglio (Higuain 69), De Ligt, Bonucci, Alex Sandro; Ramsey (Bentancur 63), Pjanic, Matuidi (Rabiot 73); Cuadrado, Dybala, Ronaldo
Subs not used: Szczesny, Danilo, Rugani, Pinsoglio, Olivieri, Coccolo, Wesley