Copa Del Rey 2019/20 Suku Akhir: Real Madrid 3-4 Real Sociedad

Real Madrid telah ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Copa Del Rey musim 2019/20 oleh pasukan Real Sociedad diperingkat suku akhir di Bernabeu.

Pemain pinjama Real Madrid, Martin Odegaard menjadi inspirasi Real Sociedad untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penuh dramatik.

Drama menyelubngi perlawanan yang menghasilkan jaringan yang banyak dengan gol dibatalkan Video Assistant Referee(VAR) dan kad merah.

Martin Odegaard menjaringkan gol pembukaan buat Sociedad pada minit ke-22 untuk mendahului satu gol hingga tamat separuh masa pertama.

Alexander Isak menggandakan kedudukan buat Sociedad pada minit ke-49 namun dibatalkan oleh Video Assistant Referee(VAR).

Namun gol yang dibatalkan itu dibalas dengan dua gol oleh Alexander Isak dalam tempoh dua minit sahaja.

Pada minit ke-54 Alexander Isak menggandakan kedudukan dan melebarkan jaringan kepada tiga gol dua minit kemudian.

Marcelo cuba merapatkan kedudukan namun tidak kekal lama apabila Mikel Merino menjaringkan gol ke-4.

Pada minit ke-79 jaringan Vinicius Junior pula telah dibatalkan oleh Video Assistant Referee(VAR).

Real Madrid terus mengejar dengan menambah dua lagi gol melalui Rodrygo dan Nacho Fernandes.

Namun itu tidak cukup menghalang Real Sociedad walaupun bermain 10 orang selepas Andoni Gorosabel mengutip kad kuning kedua.

——

https://www.youtube.com/watch?v=eNclLHnQ-7E

Real Madrid (4-3-3): Areola; Nacho, Militao, Ramos, Marcelo; James (Modric 45), Valverde (Jovic 76), Kroos; Brahim (Rodrygo), Vinicius, Benzema

Subs not used: Courtois, Varane, Mendy, Isco

Real Sociedad (4-2-3-1): Remiro; Gorosabel, Aritz, Le Normand, Monreal; Zubeldia, Merino; Januzaj (Barrenetxea 45), Odegaard (Guevara 64), Oyarzabal; Isak (Munoz 72)

Subs not used: Zaldua, Portu, Willian Jose, Moya

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.