Copa Del Rey 2019/20 Suku Akhir: Athletic Bilbao 1-0 Barcelona

Barcelona telah mengikut jejak langkah musuh tradisi dan musuh ketat zaman berzaman, Real Madrid apabila tersingkir di suku akhir Copa Del Rey.

The Catalan ditunjukkan jalan keluar oleh Athletic Bilbao hasil jaringan tunggal oleh Inaki Williams pada penghujung perlawanan.

Perlawanan ini berlangsung dengan penuh kekasaran apabila sembilan kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil.

Barcelon yang melakukan 13 kekasaran telah mengutip enam kad kuning dan Athletic Bilbao hanya 3 kad kuning dengan 15 kekasaran.

Ini merupakan kali pertama Barcelona gagal ke separu akhir sejak 2010. Dari tahun 2011 hingga 2019 separuh akhir pasti milik Barcelona.

Pada tahun 2010, Barcelona gagal ke separuh akhir apabila ditewaskan Sevilla yang merupakan juara Copa Del Rey musim itu.

Ini merupakan kali pertama Real Madrid dan Barcelona tersingkir pada hari yang sama sejak 29 Mei 1955.

Pada tahun 1955 Barcelona disingkir oleh Athletic Club dan Real Madrid ditendang oleh Sevilla.

Selepas hampir 90 minit permainan dengan penuh kekasaran akhirnya jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-93.

Hantaran silang Ibai Gomez telah disudahkan dengan satu sundulan nipis oleh Inaki William yang melakukan satu sentuhan minima dengan kepalanya.

Namun sentuhan nipis itu sudah cukup untuk menewaskan Marc Ter Stegen.

https://www.youtube.com/watch?v=fxCG7ZRlPPs
—-

Athletic Bilbao (3-4-3): Simon; Alvarez, Nunez, Martinez; Garcia, Vesga (San Jose 66), Capa, Berchiche; Garcia (Gomez 89), Williams, Muniain (Aduriz 77)

Subs not used: Ezkieta, Lekue, Villalibre, Larrazabal

Barcelona (4-3-3): ter Stegen; Semedo, Pique Umtiti 80), Lenglet, Alba; Rakitic (Arthur 69), Busquets, de Jong; Roberto, Messi, Fati (Griezmann 57)

Subs not used: Vidal, Pena, Firpo, Collado

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.