Conor McGregor sudah bersedia untuk kembali ke octagon dan pada masa yang sama sedia menerima cek bayarang lumayan sekali lagi dari pihak UFC.
Beliau sudah lama menghilang dari Octagon selepas aksi pada 2018 yang lalu. Ternyata nilai pasaran komersial beliau tidak susut.
Dilaporkan Conor McGregor akan mendapat sekitar £3.8 juta daripada pertarungan berhadapan dengan Donald Cerrone, yang akan datang.
Where the fuck is that Irish coffee ☕️ pic.twitter.com/H14E7eovfi
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) January 9, 2020
Conor McGregor, petarung berusia 31 tahun itu masih belum bertarung sebarang aksi selepas tewas di tangan Khabib Nurmagomedov pada Okober 2018.
Beliau sudah tak sabar untuk kembali beraksi di hadapan semua penonton dalam aksi pada 18 Januari 2020 ini.
Conor akan berhadpaan dengan Koboi di acara besar di Las Vegas.
Bayaran £3.8 juta itu hanyalah bayaran asas. Kerana Conor McGregor akan mendapat bayaran tambahan daripada PPV untuk pertarungan tersebut.
Sebelum ini, petarung dari Ireland itu, Conor McGregor mendapat bayaran sekitar £2.3 juta berhadapan dengan Eddie Alvarez dan £2.3 juga ketika berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov.
Untuk pertarungan ulangan berhadapan dengan Nate Diaz, Conor McGregor berjaya mendapat £2.2 juta.
Setakat ini, bekas pemenang 2 tali pinggang kejuaran itu telah berjaya menjana pendapatan £9.1 juta tanpa melibatkan mata PPV.
Selepas ditambah dengan bayaran yang akan datang beliau terima pada acara yang akan datang, Conor McGregor akan berjaya merangkul sekitar £12.02 juta.
Khabib Nurmagomedov pula setakat ini masih dengan nilai sekitar £8.68 juta.
Pada tahun ini Conor McGregor mensasarkan untuk bertarung dalam 3 aksi UFC selepas bercuti sepanjang tahun 2019.
Beliau sudah berlatih secara intensif sejak beberapa bulan lalu.
Jurulatih peribadinya, John Kavanagh telah memuji keadaan fizikal anak buahnya itu yang disifatkannya sebagai luar biasa, dan benar-benar sedia untuk kembali bertarung.
Conor McGregor has given fans a look at his training at the #UFC PI ahead of his clash with Donald Cerrone.
He’s hitting pads with his old boxing coach Phil Sutcliffe & Owen Roddy.
Interesting to see that they worked a lot of body shots. 👀
Full vid: https://t.co/O5EurQvZoI pic.twitter.com/7JZdQ4r3RM
— Chisanga Malata (@Chisanga_Malata) January 10, 2020
Conor McGregor masih berharap akan dapat bertarung perlawanan ulangan dengan Khabib Nurmagomedov. Beliau mahu membalas dendam ke atas petarung dari Dargestan itu.
Namun tawaran beliau tidak dilayan oleh kem Khabib Nurmagomedov.
Terbaru beliau melontarkan cabaran dan cacian kepada Khabib Nurmagomedov sebagai pengecut dan cuba mengelak rematch dengan beliau.
Malah, Conor McGregor turut menganggap Khabib bernasib baik sahaja ketika menang ke atas beliau dahulu.
“Semua orang mahukan pertarungan ulangan itu, saya mahukannya, bos UFC, Dana White mahukannya, kecuali Nurmagomedov. Dia takut dan tidak mahu berhadapan dengan kekalahan sekali lagi,” jelas Conor.
Beliau juga yakin akan menumbangkan Cerrone tanpa sebarang masalah. Bercakap kepada ESPN, Conor berkata: “Saya akan kalahkan Cerrone di dalam mana-mana kategori berat sekalipun.”
“Saya akan menewaskan dia, walaupun saya sedang selesema sekalipun.”
"I'd beat [Cerrone] at any weight… I'd beat him if I had the flu."@TheNotoriousMMA explains why his 2020 season begins by fighting Cowboy at welterweight (via @arielhelwani) pic.twitter.com/ntFEC8ZFDR
— ESPN MMA (@espnmma) January 11, 2020
Ternyata Conor McGregor benar-benar yakin akan dapat menwaskan si Koboi dalam aksi pertarungan UFC yang akan datang.
Beliau jelas sekali sudah tak sabar untuk kembali semula memperagakan aksinya di dalam octagon.