Apa yang sepatutnya dianggap sebagai percutian romantik di kepulauan selatan Perancis telah musnah buat legenda mixed martial art, Conor McGregor apabila beliau ditahan oleh anggota polis.
Laporan media pada awal pagi tadi mengesahkan bintang UFC yang telah bersara itu telah ditahan di Corsica atas dakwaan melakukan serangan seksual dan pendedahan tidak senonoh.
Conor McGregor was arrested in France after allegations of sexual assault and indecent exposure, per @TMZ
He has since been released after questioning. pic.twitter.com/h7To7Ng77Q
— Bleacher Report (@BleacherReport) September 12, 2020
McGregor ditahan pada Khamis lalu selepas satu laporan difailkan pada sebelah pagi har yang sama, dan sehingga lewat pagi tadi dilaporkan masih menunggu pendakwaan.
McGreggor juga menafikan setiap dakwaan – namun keperincian salah laku tidak didedahkan untuk tatapan umum.
Peguam kepada McGregor, Emmanuelle Ramon menyifatkan dakwaan ke atas McGregor ini sebagai satu pencabulan.
BREAKING: Conor McGregor arrested for alleged indecent exposure in Corsicahttps://t.co/GMWbG7hb0e pic.twitter.com/dAphzXJ0iA
— Mirror Fighting (@MirrorFighting) September 12, 2020
Namun pihak berkuasa di Corsica percaya bekas juara UFC itu sebenarnya yang lebih cabul kerana perbuatannya.
Satu kenyataan akhbar dari pihak pendakwaraya berkata penahanan McGregor adalah berdasarkan satu laporan jenayah pada 10 September lalu atas kesalahan jenayah seksual dan bersikap lucah.
McGregor menafikan setiap dakwaan, dan kemudian laporan mengatakan beliau telah dibebaskan.
Pengurus McGregor, Audie Attar jelas marah dengan penahanan yang disifatkan tidak berasas itu dan berkata:
“I am irate and putting out a warning loud and clear: Conor McGregor is not and will not be a target for those seeking to score a headline or a payday.”
Conor McGregor’s manager has issued a statement on reports the #UFC star “attempted sexual assault”.
Via @DamonMartin pic.twitter.com/JCD6oYzcw0
— Chisanga Malata (@Chisanga_Malata) September 12, 2020
“Saya terganggu dengan hal ini, dan mahu memberikan kenyataan yang perlu difahami semua pihak. Conor McGregor tidak seharusnya menjadi mangsa pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan tumpuan dan wang semata-mata.”
Tidak dapar dipastikan berapa lamakah sebenarnya McGregor berada di dalam tahanan.
Namun pada Jumaat lalu beliau dilihat sudah aktif di Twitter dan mengadu diganggu oleh Agensi Anti Dadah USA ketika sedang bersarapan di kapal layar mewah miliknya.