Permainan Call Of Duty: Mobile telah menjadi francais pertama Call Of Duty dalam versi telefon pintar. Di mana ianya boleh didapati dalam versi iOS dan Android.
Hindustan Time meletakkan paras minima untuk spesikasi telefon pintar Android adalah: RAM 2GB, Android 5.1 (Mashmallow OS). Pastikan anda menggunakan specs yang lebih baik untuk pengalaman gaming sebenar.
Kerana grafik COD: Mobile sangat memuaskan.
Manakala untuk pengguna iOS, permainan ini boleh dimainkan untuk versi iOS 9.0 dan ke atas.
Bagi peminat setia Call Of Duty, anda akan berjumpa dengan karakter klasik seperti John “Soap” MacTavish dan Simon “Ghost” Riley dari Modern Warfare, serta Alex Mason dari Black Ops.
Laporan oleh Sensor Tower menyatakan, COD: Mobile telah dimuat turun lebih daripada 100 juta kali pada minggu pertama.
Ianya telah menjadi rekod tertinggi sepanjang zaman setakat ini untuk permainan dalam telefon pintar, bagi muat turun pada minggu pertama selepas dilancarkan.
COD: Mobile telah memintas rekod sebelum ini yang dipegang oleh permainan keluaran Nintendo iaitu Mario Kart Tour yang mencipta rekod 90 juta muat turun pada minggu pertama pelancaran.
COD: Mobile turut jauh meninggalkan Pokemon Go, di mana permainan tersebut mencatatkan kira-kira 85.5 juta muat turun pada minggu pertama. Pokemon Go menjadi kegilaan pada debutnya pada Ogos 2016.
COD: Mobile juga meninggalkan jauh rekod pesaing mereka Fortnite dan PUBG yang masing-masing merekodkan muat turun minggu pertama sebanyak 22.5 juta dan 28 juta.
COD: Mobile permainan telefon pintar yang boleh dimuat turun secara percuma. Namun ianya menawarkan opsyen pembelian dalam aplikasi. Di mana para penggunanya boleh membeli barangan seperti pelapik senjata dan perkakasan perang yang lain.
Model yang disebut Freemium ini dilaporkan telah berjaya menjulang Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds, dengan mengaut keuntungan yang sangat tinggi. Di mana para gamers membayar untuk mendapatkan perkakasan tambahan pada kadar segera, dengan tawaran-tawaran khas diberikan.
COD: Mobile yang dilancarkan minggu lalu, pada 1 Oktober 2019 telah memasukkan beberapa ciri-ciri signifikan dalam permainan mereka sebelum ini termasuk Call of Duty 4: Modern Warfare dan Call of Duty: Black Ops.
Permainan ini dibangunkan oleh TiMi Studios di China, dan dibiayaai oleh syarikat gergasi pembuat permainan mobile iaitu, Tencent.
Mereka berjaya mendapatkan restu dan kerjasama dengan Activision untuk menghasilkan permainan ini dalam bentuk mobile.
Ianya menawarkan mod permainan seperti Battle Royale dan juga Multiplayers. Activision juga dilaporkan sudah menguji mod permainan Last player Standing, dengan Call of Duty: Black Ops 4.
Salah satu daripada kekuatan jenama ini adalah promosi yang berkesan dan juga jenama COD itu sendiri yang memiliki ramai peminat.
Sudahkah anda memuat turun COD: Mobile? Atau anda merupakan salah seorang penyumbang kepada lebih 100 juta muat turun pada minggu pertama?
Jangan lupa kongsikan pengalaman permainan anda dengan kami.
Sumber/rujukan: CNBC