Pertahanan Barcelona, Clement Lenglet dilihat menitiskan air matanya ketika beberapa orang peminat menghampiri keretanya untuk bergambar.
Beliau mungkin berasa sedikit terkilan atau sedih kerana merasa bersalah selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada Cadiz kemarin.
Beberapa hari sebelum itu beliau dan rakan sepasukannya yang lain suram selepas menjadi mangsa amukan Kylian Mbappe yang mencatatkan hat-trick ketika pertemuan mereka dalam saingan liga Juara-juara.
📸| Clement Lenglet went home practically crying, aware that his mistake cost the team.#FCB 🇫🇷😢
Via: @tjuanmarti pic.twitter.com/QdRh5WQwtz
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) February 22, 2021
Selepas diaibkan 4-1 oleh PSG, Barca turun bertemu Cadiz dengan misi untuk kembali bangkit dan mencatatkan kemenangan dalam aksi saingan La Liga.
Kekalahan mengejut Atletico Madrid di tangan seteru sebandar mereka Real Madrid, memberi ruang kepada Barca untuk merapatkan kedudukan.
Gergasi Catalan itu awalnya dilihat berada dalam landasan terbaik untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.
Lionel Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-32 permainan menerusi sepakan penalti, walau bagaimanapun perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri selepas Lenglet menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat pada minit ke-89 permainan.
Absolutely I was disappointed with his string of poor performance but criticism shouldn't cross beyond a limit. @clement_lenglet Allez Clem❤️ #ForcaBarca https://t.co/NfExSdvijZ
— Giri (@giri_leo10) February 22, 2021
Alex Fernandez berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut seterusnya membantu skuadnya mencuri satu mata berharga dari Nou Camp.
Pemain centre-back Perancis itu dilihat berada dalam keretanya dengan beberapa peminat cuba menghampiri dan mengambil gambar.
Namun, terdapat satu rakaman yang merakam reaksi beremosi beliau yang seolah-olah cuba untuk menahan air matanya.
— FrenchFCB🇫🇷 (@FrenchFCB) February 21, 2021
Yes he has not been good at all this season. But mental health matters i really liked Lenglet last season and the season before and i think instead of the slander we should support our players. Lenglet hasn't been the same since Bayern. @clement_lenglet it will get better. pic.twitter.com/rHh20KhLcb
— Karl🇩🇰 (@KarlJ1023) February 22, 2021
Bercakap selepas tamat perlawanan, Ronald Koeman mendadak keputusan itu lebih berat untuk diterima berbanding kekalahan 4-1 mereka kepada PSG.
“Kami sepatutnya menang dalam perlawanan seperti ini,”
Jelas pengurus Barcelona itu.
“Kami telah gagal untuk memanfaatkan kesempatan besar untuk kembali mencabar kejuaraan saingan liga selepas kekalahan Atletico Madrid.”
“Saya sangat sangat kecewa, lebih kecewa dari yang saya rasakan kemarin.”
Keputusan seri yang dicatatkan oleh Barca menyebabkan mereka kini lapan mata dibelakang Atletico Madrid selepas skuad kendalian Diego Simeone itu tewas buat kali kedua musim ini kepada Real Madrid.
💥 Unfortunately, No player has committed more penalties this season in all competitions at Barcelona than Clément Lenglet with three. ☹️☹️ pic.twitter.com/fmi8rH8WBl
— Barca Fans Nigeria (@BarcaNaija) February 22, 2021
Skuad kendalian Zinedine Zidane berjaya memperoleh gol yang unik dari Casemiro untuk mengesahkan kemenangan menewaskan Real Valladolid seterusnya berada tiga mata dibelakang pendahulu liga, Atletico Madrid.
Untuk anak-anak buah Ronald Koeman sendiri pula, ia merupakan 10 hari yang malang untuk mereka, dengan kekalahan 2-0 kepada Sevilla di peringkat separuh akhir Copa del Rey, lalu diaibkan 4-1 oleh PSG dan akhir sekali mencatat keputusan seri bertemu Cadiz
Sepertinya mereka mungkin akan mengakhiri musim kedua secara berturut-turut dengan tidak memenangi sebarang kejuaraan.