Manchester City kini menjadi antara pasukan yang paling dibenci kerana dituduh menipu untuk menjadi power.
Man City menerima dana suntikan daripada Pak Arab yang kaya raya. Sudahlah menyuntik dana sesuka hati, kemudiannya memalsukan pula maklumat tajaan.
Ada banyak tajaan yang mereka nyatakan adalah terlebih angka. Kesalahan itu dilakukan sekitar 2014-2016.
Financial doping ini menjadi kes yang sangat serius jika ada kelab melanggarnya.
Kini lebih teruk apabila 8 daripada 10 kelab teratas EPL pada masa ini meminta agar CAS tidak masuh campur dalam keputusan oleh UEFA menggantung Man City daripada 2 edisi Liga Juara Juara Eropah dan Liga Europa, berdasarkan tempat ia layak.
Man City berhadapan dengan hukuman itu kerana melanggar financial fair play.
8 kelab di EPL mahu CAS tidak mendengar rayuan oleh Man City. Sebelum ini CAS sudah mengumumkan bahawa mereka menerima permohonan daripada Man City untuk merayu hukuman tersebut bagi membolehkan mereka beraksi di UCL musim hadapan.
Man City sudah mengupah peguam terbaik di UK untuk mewakili dalam rayuan tersebut.
8 pasukan yang mendesak agar CAS tak masuk campur adalah Liverpool, Leicester City, Chelsea, Manchester United, Wolverhampton Wanderers, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Burnley.
Jika rayuan Man City diterima oleh CAS, maka mereka akan dibenarkan untuk bermain dalam UCL pada musim hadapan.
Ia dilihat tak adil kerana sebelum ini AC Milan menerima hukuman yang sama kerana kesalahan melanggar financial fair play.
Namun bantahan oleh 8 kelab EPL itu sebenarnya tidak akan mempengaruhi sebarang pendirian CAS, jika mereka memutuskan untuk mendengar rayuan daripada City.
Buat masa ini, proses rayuan ini masih ditangguhkan kerana koronavirus yang melanda Eropah.
Perkara ini dilaporkan telah membuatkan Man City kecewa dengan rakan-rakan kelab seliga dengan mereka.
Independent melaporkan hubungan Man City dengan beberapa kelab di England menjadi semakin dingin. Mereka amat sedih diperlakukan sebegini oleh rakan-rakan mereka yang lain.
Apakah salah Man City kepada mereka sehingga jiran mereka sendiri iaitu Man United pun tergamak menjadi batu api kepada CAS untuk memastikan mereka tidak bermain di UCL.
Pada ketika ini Man City berada di tangga kedua liga perdana Inggeris.
Manchester City masih berkeras dengan pendirian mereka bahawa mereka tidak bersalah. City menuduh UEFA sebagai prejudis di dalam siasatan mereka.
Menurut Man City, mereka tidak terkejut dengan keputusan siasatan tetapi kecewa dengannya.
Ini kerana City menuduh, UEFA sepatutnya menggunakan badan siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu bukannya dari kalangan pegawai UEFA.
City yakin mereka akan menang kes ini di CAS dan membersihkan nama mereka yang sudah tercemar, sudah kotor dan sudah dipalit tahi pada reputasi mereka.