COVID-19 bukan sahaja memberikan impak kepada kesihatan manusia. Malah wabak ini turut menjejaskan pelbagai industri di seluruh dunia termasuklah bola sepak.
Selain daripada menyebabkan hampir keseluruhan liga bola sepak dunia lumpuh, ia turut memaksa kelab-kelab bola sepak memotong gaji pemain demi kelangsungan kelab.
Berdasarkan laporan oleh Pusat Kajian Antarabangsa untuk Sukan (CIES), penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia mengakibatkan impak kewangan yang besar ke dalam bola sepak – termasuk dari segi nilai pasaran pemain.
Burnley face £50m revenue loss if Premier League is not completed amid coronavirus crisis, while other clubs could lose twice as much https://t.co/flrz8HYtIW
— Indy Football (@IndyFootball) April 4, 2020
Ini secara tidak langsung menjejaskan nilai pasaran pemain yang menurun sebanyak 28%, daripada nilai €32.7 billion kepada €23.4 billion di lima liga utama seluruh Eropah.
Nilai penurunan adalah berlainan, bergantung kepada faktor umur pemain, tempoh kontrak, perjalanan karier, dan prestasi semasa.
Paling terkesan adalah pemain profesional yang berusia atau pemainyang mendapat kurang minit perlawanan pada musim ini berbanding pada musim lalu.
Paul Pogba misalnya yang dinilai pada harga €65 juta sebelum krisis ini berlaku kini hanya bernilai €35 juta.
Paul Pogba has 19 goals & 21 assists in ≡63 games for #mufc in the Premier League over the last 3 seasons.
0.63 goal contributions per 90 from central midfield — yet he’s somehow still underrated. pic.twitter.com/XWPUfqEHSe
— ً (@utdrobbo) March 28, 2020
Dari segi peratusan, Olympique de Marseille paling terkesan apabila nilai pemain kelab Ligue 1 itu susut 38%. Nilai susut terendah juga daro Ligue 1, Stade Brestois yang mengalami susut nilai 16%.
Dari laporan CIES, Manchester City (€412 juta), Liverpool (€353 juta), dan Manchester United (€293 juta) adalah tiga kelab paling terkesan dari saingan Liga Perdana Inggeris.
Satu perkara yang pasti aktiviti di jendela perpindahan pemain tidak akan sama lagi selepas ini.