CIES: Liverpool No.1, United Setia Nombor Keramat, Arsenal Tiada Dalam Senarai

CIES telah mengeluarkan ranking terbaru 10 skuad termahal di dunia ketika ini. Ini bukan nilai pasukan secara keseluruhan, tetapi nilai harga skuad ataupun nilai terkumpula pemain di dalam pasukan.

Nilai pemain turut dikira berdasarkan beberapa aspek termasuk umur, kontrak, prestasi semasa dan juga pencapaian mereka.

Selain itu, CIES turut meletakkan nama pemain paling mahal di dalam skuad tersebut yang menyumbang kepada nilai skuad.

1. Liverpool – €1.41b

Tidak hairanlah kenapa Liverpool berada di atas dengan nilai keseluruhan €1.41 billion. Pasukan yang sangat hebat dan digeruni oleh semua lawan kecuali Atletico dan Watford.

Ini kerana mereka memiliki penjaga gol terbaik dunia, bek tengah terbaik dunia, dua fullback paling bernilai dan juga memiliki trio serangan paling mahal.

Segalanya ada pada Liverpool pada ketika ini. Pemain paling mahal adalah Mohamed Salah dengan €115.6 juta.

2. Manchester City – €1.36b

Man City berada kira-kira €100 juta di belakang Liverpool. Skuad yang sarat dengan bintang dan ramai yang masih berada di tahap terbaik mereka.

CIES mengiktiraf Raheem Sterling sebagai paling mahal dengan nilai €223.7 juta. Jauh lebih mahal daripada Mo Salah.

Sterling baru baru ini menyatakan kerinduannya kepada Liverpool.

3. Barcelona – €1.17b

Barcelona kini berada di tangga ketiga. Jaguh liga Sepanyol ini mendapatkan pemain seperti Coutinho, Dembele dan Griezmann dalam beberapa perpindahan, dengan ketiga tiganya di atas harga €110 juta.

Namun pemain paling bernilai, tak syak lagi adalah Lionel Messi dengan €123.6 juta, walaupun berusia 33 tahun. Satu satunya pemain atas 30 tahun diletakkan CIES bernilai di atas €100 juta.

Jadi, bukan Griezmann yang paling mahal di Barcelona ketika ini walaupun masih ada kontrak yang panjang.

Foto – Newsweek

4. Real Madrid – €1.1b

Real Madrid berada di tangga keempat dalam carta skuad paling bernilai. Pemain paling tinggi harga menurut CIES adalah Eden Hazard. Namun nilainya hanya €90.3 juta. Jauh merosot daripada yang dijangka.

Nilai itu jatuh €40 juta daripada nilai ketika beliau dibeli Real Madrid. Namun Hazard tetap konsisten naik berat badan di sana.

Real Madrid ramai pemain muda yang berbakat. Ini yang membuatkan nilai skuad mereka di atas paras €1 billion.

5. Chelsea – €1b

Chelsea agak mengejutkan ramai pihak. Apabila ramai pemain mereka yang naik nilai dengan mendadak.

Chelsea tidak melakukan pembelian pemain pada awal musim ini. Dan mereka tetap memiliki skuad €1b pada ketika ini menurut CIES.

Pemain termahal kini adalah Tammy Abraham dengan €103.1 juta.

 

6. Man Utd – €1b

Walaupun seringkali dihina dan dicerca kerana tak bermain di Liga Juara Juara Eropah dan seringkali berada di tangga keenam. Namun United tetap berada di tangga keenam dalam carta CIES.

Man Utd memiliki ramai bintang yang bernilai seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan juga duo serangan, Martial dan Rashford.

United kini memiliki skuad dengan nilai pemain €1b di Old Trafford. Nilai skuad mereka turut dilonjak oleh pemain seperti Bruno Fernandes dan peningkatan pada pemain seperti Mason Greenwood.

Pemain termahal di Old Trafford ketika ini adalah Marcus Rashford dengan €134.6 juta harganya. See my level?

7. PSG – €979j

Agak mengejutkan pasukan yang membeli bintang tak putus ini telah berada di tangga ketujuh dengan nilai skuad hanyalah €979 juta.

Pemain termahal dalam skuad mereka ketika ini, tidak lain dan tidak bukan, pastinya Kylian Mbappe iaitu €165 juta.

8. Atletico Madrid – €836j

Atletico Madrid kini memiliki skuad bernilai €836 juta. Pemain termahal mereka adalah Joao Felix yang mereka beli sekitar €120 juta.

Nilai tertinggi juga adalah Joao Felix dengan €101 juta diletakkan CIES. Walaupun jauh di belakang pasukan tangga pertama CIES, mereka tetap layak ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

blank

9. Tottenham Hotspur – €787 juta

Sebelum ini Spurs telah meningkatkan nilai pemainnya dengan mendadak di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Dan kini mereka masih memiliki skuad yang bernilai €787 juta. Pemain termahal mereka adalah adalah Harry Kane dengan €95.6 juta.

10. Juventus – €783 juta

Untuk skuad yang beterusan mengintai pemain percuma, Juventus sudah melakukan kerjayanya dengan baik.

Namun pemain paling bernilai mereka sekarang ini bukannya Cristiano Ronaldo, tetapi Paulo Dybala dengan €80.3 juta.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.