Chong Wei: Lin Dan Terbaik Dalam Sejarah Badminton

Legenda badminton dunia dari Malaysia, Lee Chong Wei, tanpa ragu-ragu menyebut nama Lin Dan, ketika ditanya tentang; siapakah seteru paling ‘besar’ dalam karierya dan siapakah pemain terbaik sepanjang zaman menurut pandangan beliau.

Perseteruan di antara Lee Chong Wei – Lin Dan dianggap salah satu perseteruan yang terbaik dalam sejarah sukan terutama sekali badminton.

Kedua duanya memiliki gaya permainan yang tersendiri. Lin Dan dengan gaya permainan yang lebih agresif dan Lee Chong Wei dengan gaya lebih tenang dan kawalan gelanggang.

Cuma dalam aksi final dan kejohanan besar, Lin Dan seringkali menghampakan Lee Cheng Wei.

Di dalam karier mereka, Lee Chong Wei dan Lin Dan sudah bertemu sebanyak 40 kali. 28 adalah berpihak kepada Lin  Dan.

blank

Selain daripada menganggap Lin Dan sebagai seteru utamanya, Lee Chong Wei turut mengakui Lin Dan adalah pemain yang sering menghantuinya.

Namun perseteruan itu, bukan alasan untuk Lee Chong Wei tidak mengiktiraf Lin Dan – secara peribadi – sebagai pemain badminton terbaik sepanjang zaman.

“Kamu harus akui, ianya adalah Lin Dan [pemain terbaik sepanjang zaman],” tegas Lee Chong Wei dalam Fecebook live.

“Dia seorang legenda. Title yang diraihnya menjadi bukti. Kita harus memberikan penghormatan kepadanya.”

Lin Dan merupakan pemain yang benar-benar menjadi penghalang Lee Chong Wei dalam usaha beliau mengejar  impian terbesarnya, iaitu – mahu menghadiahkan Malaysia pingat emas olimpik yang pertama.

Dua kali Lee Chong Wei kalah di final Olimpik melawan Lin Dan, iaitu pada 2008 dan 2012.

Lin Dan juga merupakan pemain yang menghancurkan impian Lee Chong Wei dalam dua kali final Kejuaraan Dunia, iaitu pada 2011 dan 2013.

Lee Chong Wei mengakui beliau seringkali dihantui oleh Lin Dan. Sehinggakan beliau sentiasa mahu bertemu dan mengalahkan Lin Dan.

Foto – Olimpik

Nama Lin Dan telah melekat pada dirinya. Lebih lebih lagi Lin Dan memiliki 2 emas Olimpik dan lima kejuaraan dunia.

Malah pada satu ketika, Lee Chong Wei pernah memaksa dirinya berlatih ketika mengalami kejang otot. Semuanya gara gara memikirkan Lin Dan yang bakal menantinya di gelanggang.

“Lin Dan terus berada dalam kepala saya ketika saya kembali berlatih – setelah setiap kali mengalami kekalahan.”

“Saya tahu jika ingin memenangi kejohanan penting saya harus mengalahkannya. Saya tak boleh sambil lewa.”

“Bahkan ketika saya mengalami kejang otot, saya beritahu coach bahawa, saya ingin tetap teruskan latiha, kerana Lin Dan sedang menunggu saya. Saya selalu memikirkannya setiap saat.”

Lee Chong Wei sudah pun mengumumkan persaraannya sebaik sahaja menghidapi kanser hidung. Beliau sembuh daripada kanser tersebut namun Datuk Lee Chong Wei merasakan cukuplah untuk beliau berjuang di atas gelanggang.

Apapun Datuk Lee Chong Wei tetap kebanggaan rakyat Malaysia.

Sumber: Axello.net

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.