China Larang Pemain Bertatu Kerana Generasi Muda Semakin Kebaratan

Persatuan Bola Sepak China (GAS) telah mengeluarkan arahan larangan bertatu kepada pemain bola sepak mereka. China kini memfokuskan dan memperkasakan idea pemikiran Xi Jinping dalam semua bidang terutama sekali dalam sektor pendidikan. Ianya penting untuk melahirkan generasi muda yang berjati diri dan berdisiplin.

Bagi pemain yang sudah bertatu, mereka dilarang menambah tatu tersebut dan diwajibkan menggunakan baju lengan panjang ketika beraksi dan berlatih. Namun itu atas pengecualian khas daripada kerajaan.

Peraturan oleh FA China mengumumkan peraturan itu sesuai dengan arahan kerajaan menerusi Parti Komunis China yang melarang sama sekali pemain daripada bertatu ataupun menambah tatu (pada yang sudah ada tatu sebelum peraturan dikuatkuasakan).

Di mana PKC pada ketika ini semakin risau dengan generasi muda di China hari ini yang semakin kebaratan dan hilang identiti bangsa mereka. Perkara ini yang mahu diperkasakan semula oleh PKC dalam dasar kerajaan yang baharu.

Peraturan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk menjadikan atlet terutama sekali yang mewakili negara mereka agar menjadi contoh ataupun role model yang baik kepada masyarakat terutama sekali generasi muda.

Dalam kenyataan oleh Pertadbiran Sukan China (GAS): “Pasukan kebangsaan di semua peringkat perlu dengan tegas mengamalkan kesemua peraturan dan syarat yang ditetapkan dan perlu sepenuhnya menunjukkan semangat positif sebagai pemain bola sepak China yang akan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.”

“Pasukan utama kebangsaaan dan pasukan B-23, para pemain dilarang sama sekali memiliki tatu, dan kepada mereka yang sudah ada tatu sebelum peraturan ini dikuatkuasakan, mereka dinasihatkan untuk membuang kesemua tatu tersebut.”

“Atas pengecualian khas, dan dipersetujui oleh pasukan, maka pemain diwajibkan untuk menutup tatu mereka dari pandangan umum ketika latihan dan perlawanan sebenar.”

Buat masa ini, jurulatih jurulatih di China peringkat B-20 diminta untuk tidak memannggil mana mana pemain bertatu. Kerajaan akan menyediakan silibus khas untuk para pemain berkaitan ideologi dan semangat baharu negara China.

Salah seorang bintang bola sepak terkenal China yang menjadi pemain utama pasukan negaranya ialah Zhang Lingpeng, berusia 32 tahun, memiliki tatu penuh badan.

Pemain yang pernah dilabel Marcello Lippi sebagai pemain terbaik China di Liga Super China. Lingpeng memiliki bakat yang sangat luar biasa.

Pemain Guangzhou Evergrande itu sudah bertatu sejak 2019. Linpeng merupakan pemain yang regular dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan China.

Dan baru baru ini dia disisihkan daripada aksi menentang Wales dan  Czech Republic – di mana ketika itu ramai percaya ianya bukan kerana pemain itu cedera atau tak cergas. Namun kerana dia bertatu. Pada masa itu larangan bertatu hanyalah secara verbal. Kini ianya sudah diwartakan.

Jadi benarlah dia disisihkan kerana isu tatu. Lingpeng selepas ini perlu menutup tatunya jika dia dipanggil untuk tugasan kebangsaan.

Tahun lalu, satu perlawanan antara universiti, aksi melibatkan pasukan wanita dibatalkan kerana ada pemain yang merwarnakan rambut.

Buat masa ini larangan itu hanya untuk pemain pemain tempatan China dan tiada larangan lagi untuk pemain pemain import.

Beberapa pemerhati bola sepak tidak menolak larangan itu mungkin akan dikenakan ke atas pemain import selepas ini. Kerana mereka juga turut menjadi tontonan anak anak muda di tv.

Walaupun sebelum ini Liga Super China menjadi tumpuan ramai pemain yang mahukan wang yang sangat banyak. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak dasar sudah diubah termasuk isu gaji terlalu tinggi kepada pemain bola sepak luar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.