China Kenakan Tekanan Ekonomi, Membuatkan NBA Hilang Berbillion Dollar AS

NBA dilaporkan merasai impak ekonomi selepas tweet pro Hong Kong. Ia menimbulkan konflik dengan kerajaan China.

Antara langkah drastik yang diambil oleh kerajaan China adalah dengan membatalkan penyiaran siaran langsung NBA China, satu perlawanan pra musim di antara pasukan-pasukan NBA.

Artikel berkaitan:  China Batalkan Penyiaran NBA Sebab Tweet Pro Hong Kong

Segalanya bermula apabila Pengurus Houston Rocket, Daryl Morey dengan terbuka menyokong hak asasi Hong Kong dalam tweet beliau.

Morey berkata menerusi Twitternya: “Berjuang untuk kebebasan, berdiri teguh bersama Hong Kong.”

Kenyataan itu kemudian disokong oleh Pesuruhjaya NBA, Adam Silver. Ia telah membuat kerajaan China sangat marah.

Morey kemudian memadamkan tweet beliau. Dan tindakan Morey itu mengundang rasa tidak puas hati oleh para pemain NBA pula. Mereka enggan hadir dalam sidang media sebelum perlawanan.

China dengan pantas memberikan respon kepada perkara itu. Mereka menganggap NBA telah cuba campur tangan dalam masalah dalaman negara mereka. China ada kuasa ke atas Hong Kong secara semi-autonom.

Jadi, mereka enggan menganggap itu sebagai masalah diplomatik antara negara. Walaupun perkara itu tidak diperakui oleh Hong Kong,

Pada Selasa, syarikat televisyen yang dipegang oleh syarikat gergasi, Tencent Holdings Ltd. memutuskan untuk membatalkan tayangan siaran langsung.

Selain daripada Tencent, syarikat pembuat telefon pintar, Vivo turut menarik diri daripada tajaan dan kemudianya Master Kong, syarikat pembuat mee segera dan minuman, telah menamatkan sebarang kerjasama dengan NBA.

Tweet tersebut menyebabkan NBA kini kehlangan berbilion dollar tajaan daripada China.

Penganalisis di Verisk Maplecroft (syarikat penaganalisis risiko pelaburan global) iaitu Hugo Brennan berkata: “Kita semua tahu, Beijing memang tiada kompromi ke atas mana-mana tindakan orang luar yang campur tangan dalam urusan dalaman negaranya.”

Perlawanan NBA China yang dijadualkan berlangsung 10 Oktober melibatkan Brooklyn Nets dan Los Angeles dijadualkan berlangsung di Shanghai, dan kemudian dijadualkan di Shenzen pada 12 Oktober, sebuah kawasan yang merentasi sempadan Hong Kong.

Brooklyn Nets baru sahaja dibeli oleh  ‘co-founder’ Alibaba iaitu Joe Tsai.

Kedua-dua pasukan sudah bersedia untuk bermain dalam aksi tersebut. Dan kini status perlawanan itu masih lagi dibincangkan sama ada akan diteruskan ataupun tidak.

Beberapa jenama lain seperti  Mengniu Group, merupakan syarikat yang sudah lama menjadi rakan niaga NBA, turut mengutuk tindakan Morey yang memuat naik tweet seperti itu. Dan mereka juga mungkin akan terpaksa menarik diri daripada tajaan.

Selain itu Anta Sports Products Ltd., pembekal pakaian dan kasut kepada atlet NBA turut mengecam tweet oleh Morey.

Luckin Coffee Inc. yang menjadi pesaing utama Starbucks di China telah menggantung kesemua kerjasamanya dengan NBA.

Syarikat agensi perlancongan, Ctrip.com International, sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Weibo bahawa mereka menamatkan semua urusan penjualan tiket dan juga produk yang ada kaitan dengan NBA.

Acara Malam Bersama Peminat yang sepatutnya berlangsung, di mana para pemain NBA dan artis terkenal China beramah mesra bersama peminat juga dibatalkan.

Beberapa pekerja telah diarahkan untuk menurunkan banner promosi acara tersebut di Shanghai. Dan siaran CCTV menggesa NBA membuat permohonan maaf kepada rakyat China secara terbuka kerana telah melukakan hati mereka.

Ada ramai peminat yang meminta agar Tencents dan NBA memulangkan semula wang langganan mereka selepas syarikat penyiaran melakukan ‘blackout’ untuk perlawanan pra musim itu.

NBA menerusi pesuruhjayanya, Adam Silver buat masa ini masih enggan berganjak dengan sokongan mereka ke atas kenyataan Morey.

Menurut Adam Silver, NBA tidak harus tunduk kepada desakan mana-mana pihak dalam memperjuangkan nilai ekualiti, saling menghormati dan kebebasan bersuara.

Adam Silver berkata: “NBA akan sanggup membayar apa sahaja nilainya demi menegakkan hak kesamarataan, saling menghormati dan kebebasan bersuara.”

Tencents merupakan pemegang hak ekskslusif penyiaran NBA di China dengan meraih tontonan sekitar 490 juta semusim.

NBA enggan berganjak seperti mana Versace dan Calvin Klein yang tunduk dengan desakan, selepas mereka mengiktiraf Hong Kong sebagai negara. Versace dan Calvin Klein memohon maaf dan menyatakan mereka terlepas pandang.

Cathay Pacific Airways Ltd. juga dikenakan tekanan oleh China selepas beberapa pekerja mereka didapati terlibat dalam demonstrasi pro Hong Kong. Ia menyebabkan 2 CEO mereka diberhentikan serta merta.

Sumber: Bloomberg

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.