China Batalkan Penyiaran NBA Sebab Tweet Pro Hong Kong

Penyiar sukan di China iaitu CCTV Sports mengesahkan mereka membatalkan penyiaran NBA China, yang merupakan perlawanan pra musim.

Sukan bola keranjang dan NBA sangat digemari di China. Ianya mendapat tontonan yang sangat tinggi di negara tersebut.

Dan kini kerajaan China mahu rakyat China terpaksa memilih antara sukan ataupun semangat patriotik.

Perlawanan yang terlibat dengan pembatalan itu adalah melibatkan LA Lakers dan Brooklyn Nets.

Konflik bermula apabila pengurus Houston Rocket, Daryl Morey dengan terbuka menyokong hak asasi Hong Kong dalam tweet beliau.

Morey berkata menerusi Twitternya: “Berjuang untuk kebebasan, berdiri teguh bersama Hong Kong.”

Kenyataan itu kemudian disokong oleh Pesuruhjaya NBA, Adam Silver. Ia telah membuat kerajaan China sangat marah.

Morey kemudian memadamkan tweet beliau. Dan ia mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pemain pemain NBA. Para pemain yang terlibat dengan perlawanan ini telah memboikot sidang media kerana kecewa dengan tindakan Morey.

China mengeluarkan amaran agar pihak luar negara tidak sesekali campur tangan dalam urusan dalaman negaranya.

China turut membatalkan banyak siaran yang lain kerana perkara yang serupa.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.