Chelsea telah mengumumkan kejayaan mereka untuk menandatangani bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz semalam.
Kai Havertz akan menandatangani perjanjian bersama The Blues dengan yuran perpindahan bernilai £89 juta.
Bintang dari Bundesliga itu telah menyempurnakan ujian kesihatan beliau awal lagi semalam dan akan segera untuk menyertai skuad kendalian Frank Lampard.
Good things come to those who wait! 😉 pic.twitter.com/CYruwyLrgI
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 4, 2020
Hari baru, satu lagi penandatanganan yang berjaya dilakukan oleh Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini.
Berita yang pastinya menggembirakan para peminat Chelsea untuk menyambut penandatanganan terbaru mereka Kai Havertz yang ditandatangani dari Bayer Leverkusen dengan nilai £89 juta itu.
Kai Havertz is now officially a new Chelsea player until June 2025 – the saga is over! 🔵🚨 #CFC #Chelsea #HiKai
Since August 24 agreement to the official announcement 🤝
[This man on the left did a great job and more than 10 calls to push and get Kai… ☎️] pic.twitter.com/1AYNPTOLpQ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 4, 2020
Havertz mengikuti jejak Ben Chilwell, Thiago Silva, Hakim Ziyech, Timo Werner dan Malang Sarr sebagai bintang baru untuk skuad Chelsea.
Kesemua enam pemain itu bakal menjadi sebahagian dari skuad the blues untuk saingan musim 2020/21 Liga Perdana Inggeris.
Pemain Jerman berusia 21 tahun itu menyertai akademi Bayer pada tahun 2014 dan telah menabur bakti selama enam tahun bersama kelab.
Pada musim 2019/20 yang lalu, Kai Havertz telah berjaya menjaringkan 18 gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan dari 45 perlawanan untuk Bayer Leverkusen.
Beliau dianggap antara bintang muda terbaik ketika ini dan merupakan salah seorang central attacking midfielder terbaik dunia.
🚨 BREAKING 🚨
Chelsea have agreed a deal for Kai Havertz in a deal worth £71m rising to £89m pic.twitter.com/WxgkK4HbXo
— Football Daily (@footballdaily) September 3, 2020
Frank Lampard berjaya untuk mendapatkan barisan pemain baru yang akan membantunya memburu gelaran liga atau setidaknya berada di kedudukan empat teratas dalam saingan liga musim hadapan.
Kesemua enam pemain ini juga bukan lah pemain biasa, mereka merupakan barisan pemain berprofil tinggi dalam pasaran pemain semasa.
Satu-satunya masalah yang ada sekarang adalah bagaimana untuk Frank Lampard seimbangkan kesemua pemain di posisi serangan yang beliau miliki untuk diletakkan dalam kesebelasan utama nanti.
Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan perlawanan besar seperti bertemu pasukan big six di pentas premier league.
Lampard mempunyai begitu banyak pilihan yang boleh beliau lakukan, tetapi dengan kepadatan jadual yang ada pada musim baru nanti, beliau harus bijak dalam membuat penyusunan.
Frank Lampard has some real dilemmas on his hands when Kai Havertz is announced. https://t.co/nspZDt6YYZ
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) September 3, 2020
Walau bagaimanapun Chelsea sepertinya masih belum puas berbelanja untuk jendela perpindahan kali ini selepas terdapat laporan yang menyatakan bahawa mereka sedang dalam perundingan untuk mendapatkan seorang lagi pemain baru.
Chelsea kini dikaitkan dengan penjaga gol Rennes, Edouard Mendy dan mereka bakal menandatangani pemain Senegal itu dengan nilai £30 juta.