Frank Lampard dilaporkan berminat untuk mendapatkan penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer menyertai pasukan Chelsea musim hadapan.
Berita ini agak mengejutkan ramai pihak. Namun sebenarnya, Lampard menyuarakan minatnya mendapatkan Neuer kerana situasi semasa yang membelenggu penjaga gol itu dan juga situasi semasa penjaga gol di Stamford Bridge.
Reports in Germany suggest Chelsea would be interested in signing Manuel Neuer (33), if they were to sell Kepa this summer.
— LDN (@LDNFootbalI) March 26, 2020
Lampard mahu menggantikan Kepa Arrizabalaga yang musim ini gagal menunjukkan konsistensi dan kerap melakukan kesilapan.
Kepa Arrizabalaga kehilangan tempat dalam kesebelasan utama, dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Di mana Chelsea terpaksa menggunakan penjaga gol veteran, Willy Caballero.
Menurut laporan di Jerman, Bayern Munich sedang memantau situasi Ter Stegen di Barcelona.
Penjaga gol tersebut masih belum mencapai sebarang persetujuan untuk kontrak baharu dengan kelab Catalan tersebut.
Kesulitan berlaku apabila Ter Stegen meminta gaji yang sangat tinggi. Barcelona perlu mengawa struktur gaji para pemainnya.
Selain daripada gaji pemain sedia ada yang memang dah besar, Barcelona turut mengintai khidmat Neymar untuk dibawa masuk menyertai mereka kembali.
Chelsea linked with shock move for Bayern Munich legend Manuel Neuer as Kepa Arrizabalaga replacement https://t.co/fsxHnFmMwX pic.twitter.com/zNaI9JJf3C
— 9javenue (@9javenue) March 27, 2020
Jika Bayern Munich serius mahu mendapatkan Ter Stegen, ini bakal membuka pintu kepada legenda Jerman dan Bayern Munich itu keluar daripada kelab gergasi Jerman itu.
Kontrak semasa Manuel Neuer akan berakhir pada 2021 akan datang. Buat masa ini, tiada kesepakatan dicapai oleh Bayern Munich dan Neuer.
Bayern Munich sudah menawarkan kontrak baharu kepada Neuer. Namun penjaga gol itu mahukan kontrak baharu jangka panjang.
Bayern pula tidak dapat menawarkan Neuer kontrak jangka panjang kerana mengambil kira faktor usiannya yang sudah mencecah 34 tahun.
Selain daripada itu, Bayern Munich sudah mengesahkan pembelian penjaga gol Schale, Alexander Nubel untuk menyertai mereka pada musim hadapan.
Manuel Neuer merupakan penjaga gol yang masih berada di peringkat tertinggi walaupun sudah berusia. Beliau masih lagi penjaga gol nombor satu di Bayern Munich dan juga Jerman.
Chelsea are interested in Manuel Neuer as Frank Lampard isn't 100% satisfied with record signing Kepa Arrizabalaga. Neuer's future at Bayern is in doubt after contract negotiations have stalled due to Neuer asking for a long contract and the overall package being too big [Bild] pic.twitter.com/8hfcCQDGHo
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) March 26, 2020
Neuer adalah penjaga gol yang jenis sweeper keeper yang dianggap terbaik pada prestasi kemuncaknya.
Kepa Arrizabalaga merupakan penjaga gol paling mahal di dunia ketika ini.
Ini selepas Chelsea membahar £75 juta untuk mendapatkan penjaga gol itu daripada Athletic Bilbao. Ianya selepas Thibaut Courtois memutuskan untuk menyertai Real Madrid.
Chelsea terpaksa membayar angka yang sangat tinggi kerana tidak dapat penjaga gol berkaliber yang lain. Mereka sukar untuk membeli penjaga gol pada ketika itu.
Pilihan yang mereka ada adalah membayar release clause yang ada pada kontrak Kepa Arrizabalaga.
Kepa Arrizabalaga membantu Chelsea menjuarai Liga Europa pada musim pertamanya di kelab tersebut.
Namun pada musim kedua, beliau mulai berdepan dengan masalah tidak konsisten. Dilaporkan prestasi tidak menentu beliau berpunca daripada masalah putus cinta.
Adakah Neuer akan meninggalkan Bayern Munich dan merumput pula di Liga Perdana Inggeris?