Chelsea dilaporkan sedang bersedia untuk melepaskan lima pemain utama pada musim panas ini sebagai langkah untuk mendapatkan dana tambahan.
The blues mahu mengumpul dana untuk menandatangani Romelu Lukaku pada musim panas ini dan kerana itulah mereka membuat keputusan untuk menjual lima pemain utama kelab.
Lukaku yang ketika ini berusia 28 tahun pernah beraksi bersama Chelsea selama tiga musim selepas beliau ditandatangani dari Anderlecht pada tahun 2011 lalu.
Chelsea will sell Kepa Arrizabalaga, Callum Hudson-Odoi, Ross Barkley, Ruben Loftus-Cheek and Tammy Abraham to help fund a summer move for Romelu Lukaku, according to the Sunday World 🔵🤔 pic.twitter.com/KwQtrtYcz1
— Goal (@goal) May 27, 2021
Walau bagaimanapun, penyerang Inter Milan itu gagal untuk menstabilkan kariernya di Stamford Bridge dengan beliau kemudiannya dipinjamkan ke West Brom dan Everton.
Lukaku yang meninggalkan Chelsea pada 2014 telah menandatangani perjanjian tetap bersama Everton dan beliau kemudiannya berhijrah ke Manchester United sebelum menyertai Inter Milan pada tahun 2019.
Chelsea ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula bintang Belgium itu dan bersedia untuk melepaskan beberapa bintang utama demi mendapatkan dana untuk menandatangani Lukaku.
Menurut The Sunday World, Lukaku ketika ini merupakan pemain sasaran utama untuk ditandatangani oleh Chelsea pada musim panas ini atas permintaan Thomas Tuchel.
Report: Chelsea to step up Romelu Lukaku interest after Antonio Conte exit https://t.co/PxYWZ3XRMQ via @NewsNowUK
— Lynn Hamer (@evilbluebird) May 27, 2021
Media Ireland tersebut turut mendakwa bahawa lima pemain yang disenaraikan oleh Chelsea untuk dijual pada musim panas ini adalah Kepa Arrizabalaga, Callum Hudson-Odoi, Tammy Abraham, Ruben Loftus-Cheek dan Ross Barkley.
The Blues dalam usaha mereka untuk mengumpul dana sekitar £80 juta dengan menjual kesemua lima pemain tersebut demi untuk mendapatkan Lukaku.
Lukaku ketika ini sedang dalam rentak persembahan terbaiknya bersama Inter Milan dalam saingan Serie A.
Beliau pada musim ini berjaya menjaringkan 30 gol dari 44 penampilan dalam semua pertandingan bersama Inter Milan.
Pemain kebangsaan Belgium itu sungguh bersinar di bawah kendalian Antonio Conte dan turut berjaya membantu Inter Milan menjuarai saingan Serie A musim ini.
Lukaku is 'the most realistic' striker option for Chelsea, nothing to happen until after Euros.
Declan Rice is 'top of DM list', ahead of Tchouameni and Kamara.
– @Matt_Law_DT on @LondonBluePod (head to their page to checkout the full episode).https://t.co/jIl87fhL0S
— Cfc_Nigeria 🇳🇬 (@nuraldo9) May 27, 2021
Walau bagaimanapun, Inter Milan ketika ini sedang berdepan dengan krisis kewangan yang teruk dengan mereka terdesak untuk mengurangkan gaji para pemain sehingga 20%.
Masa depan Lukaku di San Siro menjadi semakin kabur selepas Conte mengumumkan beliau bakal meninggalkan Inter Milan selepas berjaya membantu Nerazzurri itu menjuarai Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun terakhir ini.
Bekas bintang Chelsea dan United itu telah memberikan penghormatan terakhirnya kepada Conte menerusi media sosial miliknya.
Beliau menegaskan bahawa Conte telah mengubahnya sebagai seorang pemain dan turut membantunya untuk menjadi semakin kuat.
“Terima kasih Antonio. Kamu ubah diri saya sebagai pemain dan menjadikan saya lebih kuat… Dan kita menang bersama-sama.”
Chelsea have reportedly stepped up their pursuit of Romelu Lukaku #CFC https://t.co/Wi1gTEaekM
— Express Sport (@DExpress_Sport) May 27, 2021
“Saya berbangga dapat merasa bermain di bawah kendalian kamu. Saya akan gunakan semua nasihat dari kamu sepanjang karier saya selepas ini. Saya banyak berhutang dengan kamu.”
Conte ketika ini telah dikaitkan bakal mengurus Tottenham Hotspur dan Real Madrid selepas sah meninggalkan Inter Milan.