Perlawanan Manchester City menentang Real Madrid merupakan perlawanan Champions League yang dinanti-nanti oleh peminat bola sepak yang merindukan aksi bola sepak Eropah yang lama terhenti.
Lima bulan lalu The Union of European Football Associations(UEFA) telah mengumumkan penangguhan semeua perlawanan dalam pertandingan anjuran UEFA ekoran wabak melanda dunia ketika ini.
Pada ketika itu hampir satu dunia telah menggantung aktiviti sukan dan UEFA juga mengambil keputusan yang sama dengan menggantung semua kejohanan kelolaan UEFA:
1. Champions League
2. Europa League
3. UEFA Youth League
1 – Zinedine Zidane could be eliminated from a Champions League knockout tie for the first time, having been victorious in the previous 12. Zidane has won just two of his six Champions League games against English teams (33%). Unfamiliar. pic.twitter.com/6sREIS53SF
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Dalam perlawanan pusingan pertama bulan Mac yang lalu, Manchester City berjaya membawa dua bekalan gol tempat lawan selepas berjaya menewaskan Real Madrid 2-1.
Perlawanan kedua menyaksikan Manchester City mendapat kemenangan mudah dan boleh diibaratkan kemenangan percuma kerana kedua-dua gol hadir umpama hadiah.
Kesemua gol Manchester City dalam perlawanan ini hasil kesilapan tidak masuk akal Raphael Varane.
Seawal minit ke-9 lagi City sudah berjaya berada dihadapan untuk terus menjarakkan agregat dan memberi mereke kelegaan dan sudah pasti menambah tekanan kepada Real Madrid.
7/7 – In major UEFA European competition, Manchester City have progressed from all seven of their previous knockout ties when winning the first leg away from home. Destiny. pic.twitter.com/I3RHjogExM
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Percubaan Real Madrid yang cuba bermain dari bawah memakan diri. Thibaut Courtois telah menghantar bola kepada Eder Milito dan bola dikembalikan semula.
Selepas menerima kembali bola, Courtois menghantar pula bola kepada Raphael Varane yang berada disebelah kanan beliau.
Dengan tidak semena-mena Varane menggelabah tenuk selepas ditekan oleh Gabriel Jesus yang menerpa bak harimau yang lapar.
100 – Raheem Sterling has scored his 100th goal in all competitions for Manchester City, becoming the first Englishman to reach three figures for the club since Dennis Tueart in 1981. Books. #UCL pic.twitter.com/BLjWjXmlyk
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Keadaan ini menyebabkan Varane panik dan membawa bola ke arah gawang sendiri sebelum berjaya dirampas Jesus yang membuat hantaran kepada Raheem Sterling yang tidak dikawal.
Mudah buat Sterling menolak masuk bola ke gawang yang terbuka.
Hasil usaha dan kerja keras Karim Benzema untuk mencari gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil dengan jringan cantik melalui satu sundulan tajam pada minit ke-28.
5 – Karim Benzema has scored five goals in his last six appearances in the Champions League knockout stages, as many as he had in his previous 26 such appearances combined. Fore. #UCL pic.twitter.com/3xIcLe4AkE
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Pada minit ke-68, Real Madrid sekali lagi dihukum oleh Raphael Varane yang sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola.
Rodri membuat satu hantaran panjang yang menghasilkan satu gelembung buaya, Varane cuba untuk menanduk tetapi gagal mengenai sasaran.
2 – Raphael Varane is the first Real Madrid player to commit two errors leading to goal in a single #UCL game since at least 2007/2008 season. Lethal@ChampionsLeague pic.twitter.com/eDcxCU30Fv
— OptaJose (@OptaJose) August 7, 2020
Varane mencuba lagi dan membuat satu tandukan ke belakang mencari Courtois tetapi sundulan ke belakang itu disusuli dengan kekuatan leher yang cukup.
Bola itu berada dalam jaluran larian Jesus yang tanpa perlu berfikir panjang pantas menyambar dan melakukan satu sedikit untuk meletakkan bola ke gawang.
Courtois yang berlari keluar mendapatkan tidak mampu melakukan apa-apa selain melihat bola meleleh masuk ke gawang. Pedih.
2 – Real Madrid have lost both legs of a Champions League knockout tie for the first time since 2008-09, when they lost both home and away against Liverpool in the Last 16. Departures. #MCIRMA pic.twitter.com/q3rAHTKmUS
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Manchester City menang dengan agregat 4-2 dan akan bertemu Lyon di suku akhir, lawan yang agak mudah buat City.
Zinedine Zidane yang tidak pernah tewas dalam perlawanan peringkat kalah mati Champions League sebagai pengurus akhirnya menikmati rasa sebuah kekalahan.
Manchester City (4-3-3): Ederson; Cancelo, Fernandinho, Laporte, Walker; De Bruyne, Rodri (Otamendi 89), Gundogan; Sterling (D Silva 81), Foden (B Silva 67), Jesus
Subs not used: Bernabe, Bravo, Doyle, Garcia, Harwood-Bellis, Mahrez, Palmer, Stones, Zinchenko
Real Madrid (4-3-3): Courtois; Mendy, Varane, Militao, Carvajal (Lucas 83); Modric (Valverde 83), Casemiro, Kroos; Hazard (Jovic 83), Benzema, Rodrygo (Asensio 61)
Subs not used: Altube, Areola, Diaz, Isco, Javi Hernandez, Junior Vinicius, Marcelo, Nacho