Champions League 2019/20: Atletico Madrid 1-0 Liverpool

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Perlawanan antara Atletico Madrid vs Liverpool dan Borussia Dortmund vs Paris Saint Germain menjadi perlawanan pembuka tirai.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

Liverpool bertandang ke Wanda Metropolitano di mana gelanggang yang menjadi saksi mereka menjuarai Champions League buat kali ke-6 dalam sejarah kelab.

Kedatangan kali kedua Liverpool ke stadium ini barulah disambut oleh tuan rumah yang sebenar iaitu Atletico Madrid.

Suasana dan sambutan yang diberikan oleh penyokong Atletico Madrid dengan kedatangan Liverpool sangat menakjubkan dan mampu melemahkan semangat lawan.

Penyokong Atletico Madrid menggamatkan suasana dengan sorakan dan membakar suar sehingga memerahkan malam di Wanda Metropolitano.

Atletico Madrid bermula garang dan mengasak sebaik sahaja wisel permainan bermula. Sepakan penjuru segera diperoleh di awal permainan.

Berpunca dari sepakan penjuru itu telah terjadi situasi kelam kabut di depan gol Liverpool dan bola pergi meliar.

Saul Niguez pantas menyambar dan menjolok masuk bola yang terhidang untuk gol pembukaan pada minit ke-4.

Pada minit ke-7 Atletico Madrid seperti Tora, datang lagi namun Szymon Marciniak terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan offside.

Kesilapan penajga gol Atletico Madrid, Jan Oblak ketika membuat sepakan ke atas hampir saja mengundang padah.

Bolanya leret menemui Mohamed Salah tapi sayang sentuhan pertama Salah kelaut menyebabkan Roberto Firmino berada dalam kedudukan offside.

Liverpool terus menekan untuk mencari gol penyamaan namun Atletico Madrid tenang saja menyerap segala asakan anak buah Jurgen Klopp.

Pengusaaan bola Liverpool pada separuh masa pertama sangat gila sehingga 67 peratus tetapi tiada jaringan terhasil serta tiada percubaan tepat.

Selepas permainan bersambung Liverpool terus melakukan asakan bagi mencari gol namun Atletico Madrid masih lagi kebal.

Akhirnya Mo Salah berjaya menjaringkan gol namun jaringa tersebut dibatalkan kerana offside.

Peluang terbaik Liverpool hadir namun tandukkan Salah sedikit saja tersasar pada minit ke-52 permainan di separuh masa kedua.

Hantaran demi hantaran dibuat Liverpool ke kotak penalti Atletico Madrid dan tandukan demi tandukan hadir mengeluarkan bola.

Pada minit ke-72, Jordan Henderson hampir meletakkan gol penyamaan selepas membuat satu percubaan hasil umpanan Divock Origi.

Tapi sayang percubaan Henderson sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang.

Atletico Madrid terus mempertahankan satu gol mereka menyebabkan perlawanan menjadi sangat bosan hanya sekali sekala sahaja mereka menyerang.

Alvaro Morata mendapat peluang untuk menggandakan kedudukan ketika tidak dikawal namun Morata tergelecoh ketika mahu melakukan rembatan.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa kecederaan namun tiada lagi jaringan yang hadir sehingga wisel penamat.

Liverpool gagal membuat sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini. Ini merupakan pertama kali Liverpool berperangai begini musim ini.

Atletico Madrid menang perlawanan pertama dan membawa bekalan satu gol untuk perlawanan kedua di Anfield pada bulan hadapan.

Atletico Madrid: Oblak, Vrsaljko, Felipe, Savic, Renan Lodi, Saul, Koke, Thomas, Lemar (Llorente 46), Morata (Vitolo 69), Correa (Costa 76).

Subs not used: Adan, Gimenez, Carrasco, Hermoso.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Henderson (Milner 79), Fabinho, Wijnaldum, Salah (Oxlade-Chamberlain 71), Firmino, Mane (Origi 46).

Subs not used: Keita, Adrian, Minamino, Matip.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.