Trevoh Chalobah telah mengkritik pengadil, Stuart Attwell selepas terjahan Naby Keita ke atasnya dalam aksi final Piala Carabao di Wembley,
Di mana Naby Keita menerjah kaki Chalobah ketika kedua dua pemain berebutkan bola di tengah padang.
Tinjauan replay menunjukkan tapak kasut Keita tepat terkena paha Cholobah. Pemain itu dikatakan menerima enam jahitan kerana terjahan tersebut.
Pengadil ketika itu, memberikan advantage kepada Liverpool untuk meneruskan serangan. Dan akhirnya perlawanan dihentikan seketika kerana kedua dua pemain terus terbaring di atas padang.
Bercakap dalam ulasannya, Gary Neville percaya bentesan Naby Keita itu adalah berpotensi kad merah. Namun dengan mengambil kira kedua dua pemain masing masing mengangkat kaki untuk memenangi bola yang melantun, maka cukuplah sekadar foul seharusnya diberikan kepada Chelsea.
Neville berkata: “Ianya tindakan yang tidak begitu bagus daripada Keita. Pengadil silap di situ. Ianya bukan kad merah tetapi satu foul.”
Sebaliknya bekas pemain Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink percaya Naby Keita seharusnya dibuang padang kerana bentesan memudaratkan lawannya.
Hasselbaink berkata: “Saya terkejut sekali kerana tiada apa yang diperkatakan tentang ini. Sekarang kita cuba menilainya semula. Pergerakan Keita, pada pandangan saya, dia memperlahankan kakinya.”
“Kemudian dia membentes [Chalobah]. Ya mereka sama sama pergi cuba memenangi bola namun Keita gagal mendapatkan bola sepenuhnya dan dia telah menyakiti pemain lain dengan teruk sekali.”
“Dan bagi saya, ini adalah tindakan memudaratkan lawan. Membahayakan pemain lain, dan patut mendapat kad merah. Saya tak faha dengan pengadil boleh tak nampak insiden ini.”
“Dan saya tak faham sama sekali VAR tidak melihat insiden ini kerana bentesan itu benar benar teruk. Saya terkejut, sangat sangat terkejut.”
Seterusnya Chalobah meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia berkata: “Saya terpaksa dijahit kerana benda ni. Pengadil ada dekat situ dan saya tak fahamlah.”
Had to get stitches because of this. Referee is right there I don’t get it?? 🤦🏾♂️ https://t.co/8kXIgpS4wO
— Trevoh Chalobah (@TrevohChalobah) February 27, 2022
Peminat Chelsea kemudian menuduh pengadil memang ada agenda ke atas kelab mereka. Di mana pengadil turut membatalkan gol Lukaku kerana ofsaid. Menurut mereka, Lukaku adalah onside.
We do get it. The agenda against us is crazy. Red card for Keita and Lukaku was onside, you got robbed off an assist on top of this.
— mikee🌨 (@msg9989) February 28, 2022
Liverpool menjadi juara Piala Liga ataupun Piala Carabao buat kali kesembilan dalam sejarah kelab mereka. Ini selepas Liverpool menewaskan Chelsea dalam penentuan penalti 11-10. Kesemua pemain kedua dua pasukan menjaringkan gol kecuali Kepa Arrizabalaga.