Manchester United cemerlang menewaskan Tottenham Hostpur dalam perlawanan ke-15 mereka dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.
Hasil daripada kemenangan itu, Manchester United berjaya naik ke tangga ke-6 dalam carta liga.
Ia perkembangan yang sangat baik dan mencerahkan impian Man United untuk beraksi di UCL pada musim hadapan.
Manchester United setakat ini telah mengutip 21 mata dan dibezakan hanya 7 mata daripada pasukan Chelsea yang berada di tangga ke-4.
Manchester United menang hasil daripada 2 gol pemain sensasi mereka Marcus Rashford.
Rashford membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 menerusi rembatan deras.
Rashford menambah 1 lagi gol menerusi sepakan penalti.
Rashford ternyata memiliki rekod yang sangat baik berhadapan dengan pasukan big 6 di EPL.
Marcus Rashford vs Top 6 in the Premier League this season
⚽⚽ 2 goals vs Chelsea
🎯1 assist vs Arsenal
🎯1 goal vs Liverpool
⚽⚽ 2 goals vs TottenhamA big game player pic.twitter.com/llrimSGANz [© UltraFutball] #FF
— Afroo~Media😎 (@afrooomedia) December 5, 2019
Dan Spurs mendapat satu gol menerusi Dele Alli yang kembali menyengat di bawah kendalian Mourinho.
Alli melakukan sombrero dan menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama.
United menang 2-1 dalam aksi yang sangat baik. Malah mereka berjaya mengakhiri rekod tanpa kalah Jose Mourinho.
Solskjaer gembira dengan kemenangan yang dicatatkan oleh Man United bagi meredakan sedikit tekanan.
Ole walaubagaimanapun agak kurang berpuas hati dengan aksi mereka pada separuh masa pertama.
Menurutnya, mereka harus beraksi dengan lebih baik baik, terutama sekali, selepas bolos, United tidak cukup cengkaman di dalam perlawanan.
Ole juga menyatakan, United sekali lagi bermasalah untuk mempertahankan gol pendahuluan yang mereka miliki.
Sebelum ini Ole pernah menyatakan kekecewaan beliau ke atas perkara yang sama. Di mana pasukannya banyak keciciran mata selepas mereka mendahului lawan.
The full-time verdict from Ole Gunnar Solskjaer…#MUFC pic.twitter.com/MU1zTTRbYx
— Manchester United (@ManUtd) December 1, 2019
Namun Solskjaer menyatakan beliau tidak begitu memikirkan soal Manchester City buat masa ini.
Kerana Solskjaer dan para pemainnya berehat untuk mendapatkan semula kecergasan.
United hanya ada masa 2 hari untuk mempersiapkan diri bagi pertarungan derbi Manchester berhadapan dengan Manchester City.
Oleh itu Ole mahu menggunakan sebaiknya masa yang ada untuk mereka berehat secukupnya.
Solskjaer menegaskan: “Selepas ini kami akan berhadapan dengan Manchester City. Kami ada 2 hari untuk memulihkan kecergasan kami dan kemudian kita akan beraksi kembali.”
“Fokus kami kini adalah, kami harus cuba mendapatkan seberapa banyak mata yang boleh kami catatkan.”
“Seperti yang saya katakan sebelum ini. Perlawanan ini adalah perlawanan terbaik untuk kami membuktikan kemampuan sebenar kami.”
Ole Gunnar Solskjaer kini memiliki rekod yang baik berhadapan dengan big 6 di dalam EPL.
Ole Gunnar Solskjær's Record vs the “Big 6” in All Competitions:
✅ vs Tottenham
✅ vs Arsenal
✅ vs Chelsea
⭕ vs Liverpool
❌ vs Arsenal
❌ vs Manchester City
⭕ vs Chelsea
✅ vs Chelsea
⭕ vs Arsenal
⭕ vs Liverpool
✅ vs ChelseaGames: 1️⃣1️⃣
Won: 5️⃣
Drawn: 4️⃣
Lost: 2️⃣ https://t.co/rj2QcWvbFy— UtdArena. (@utdarena) October 30, 2019
Dan beliau masih tidak kalah lagi dalam perlawanan antara big 6 pada musim ini.
Perlawanan seterusnya adalah menentang Manchester City. Ole pastinya mahu terus mengekalkan rentak kemenangan mereka.
Manchester City juga sedar akan rekod Ole ke atas big 6. Dan mereka tahu Man United mampu mengganggu usaha mereka mahu mengejar Liverpool di puncak liga.