Eddie Nketiah dan Dani Ceballos terpaksa dipisahkan oleh rakan sepasukan yang lain sebelum sepak mula perlawanan diantara Arsenal menentang Fulham.
Kedua-dua pemain yang berada di dalam senarai pemain simpanan The Gunners di Craven Cottage mengambil bahagian dalam sesi memanaskan badan ketika insiden tercetus.
Ia berlaku ketika pemain sedang melakukan drill hantaran pendek, dan api kemarahan tercetus apabila Ceballos melakukan terjahan lambat ke arah Nketiah yang cuba mengambil semula bola yang hilang dari kawalan.
Ceballos and Nketiah fighting before the seasons even started! My club….#Arsenal#ceballos #nketiah pic.twitter.com/csH2f7RzJV
— Career Mode United (@CareerModeUtd) September 12, 2020
Ceballos baharu sahaja kembali menyertai Arsenal dari Real Madrid selepas mengesahkan akan menyambung tempoh pinjaman bersama The Gunners untuk musim 2020/21.
Nketiah jelas telah berkata sesuatu sebagai reaksi tindak balas terhadap terjahan rakan sepasukan dari Sepanyol itu. Ia mendorong Ceballos menolak Nketiah sambil berteriak kepada pemain muda itu.
Keadaan kemudiannya nampak tenang dan sesi melakukan hantaran itu disambung semula. Namun kedua-duanya kembali bercakar antara satu sama lain apabila Ceballos sekali lagi melakukan terjahan.
You don't see this every day 👀
Dani Ceballos and Eddie Nketiah got into a heated exchange during a pre-match training routine 👜 pic.twitter.com/u1qMPuZ8Ux
— Football on BT Sport (@btsportfootball) September 12, 2020
Ia berakhir dengan Nketiah menyepak bola ke arah pemain antarabangsa Sepanyol itu.
Ceballos kemudian menolah Nketiah sekali lagi dan kedua-duanya kelihatan bersedia untuk insidin lebih panas sebelum Sead Kolasinac masuk campur meleraikan kedua-dua pemain.
Sesi memanaskan badan kemudian diteruskan, namun Nketiah menyertai kumpulan Bukayo Saka dan Joe Willock di bahagian tengah padang. Ceballos pula kelihatan masih menahan marah.
📋 Team news for our first @PremierLeague game of the season…
🇧🇷 @biel_m04 makes his first start
🇬🇧 @RobHolding95 and @KieranTierney1 both in defence
🇧🇷 There's also a debut for @WillianBorges88#️⃣ #FULARS
— Arsenal (@Arsenal) September 12, 2020
Pasukan kejurulatihan Arsenal turut menyedari insiden tersebut dan sudah pasti ia turut disampaikan kepada Mikel Arteta.
Kedua-dua pemain duduk berjauhan antara satu sama lain di bangku pemain simpanan ketika perlawanan bermula.
Insiden tersebut turut tidak menganggu rentak cemerlang Arsenal di bawah Arteta apabila mendahului perlawanan menentang Fulham dengan jaringan 3-0 pada ketika artikel ini ditulis.