Chelsea akhirnya diringankan hukuman oleh Court of Arbitration for Sport ataupun CAS. Ini selepas rayuan mereka diterima oleh bahagian rayuan.
Court of Arbitration for Sport telah memutuskan agar hukuman Chelsea dikurangkan kepada separuh.
Sebelum ini Chelsea dihukum oleh CAS, di mana mereka tidak boleh mendaftarkan sebarang pemain pada 2 jendela perpindahan.
Seterusnya mereka juga didenda 600,000 Swiss.
Chelsea dijatuhkan hukuman tersebut pada awal tahun 2019 dan mereka diberikan peluang untuk melakukan rayuan.
Ia memberikan tamparan yang hebat kepada Chelsea yang kemudiannya kehilangan Maurizio Sarri dan Eden Hazard.
Hasil daripada kesungguhan dan kesabaran Chelsea yang terus merayu dan meminta kelonggaran. Akhirnya CAS bersetuju.
Ini bermakna Chelsea hanya didenda 300,000 Swiss dan juga tidak boleh mendaftarkan pemain hanya 1 jendela perpindahan.
Denda itu akan dibayar kepada FIFA. Oleh kerana mereka sudah menjalani hukuman tidak mendaftarkan pemain pada jendela perpindahan yang lalu, maka hukuman itu sudah dikira sudah dijalani.
Chelsea dibenarkan mendaftarkan pemain dan membeli belah pada jendela perpindahan pada bulan Januari 2020 akan datang.
Chelsea juga diberikan amaran keras oleh CAS agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini, atau berhadapan dengan hukuman yang lebih berat.
Rumors around saying that #Chelsea's transfer ban has been over turned by CAS. #CFC pic.twitter.com/OJXFDw0PaL
— The Blues (@TheBlues___) December 5, 2019
Chelsea sebelum ini didapati bersalah kerana melanggar undang-undang pendaftaran pemain berdasarkan artikel 19 FIFA. Chelsea melakukan 150 kesalahan melibatkan 69 pemain akademi mereka.
Kini Chelsea sudah berkira-kira untuk mendapatkan beberapa pemain yang mereka inginkan termasuk Jadon Sancho, Wilfried Zaha dan Ben Chilwell.
Chelsea terpaksa beraksi dengan ramai pemain muda sepanjang tempoh penggantungan mereka. Namun mereka tetap berjaya membentuk pasukan yang sangat baik di bawah kendalian Frank Lampard yang dilantik menggantikan Maurizio Sarri.
Chelsea melepaskan Eden Hazard pada perpindahan yang lalu. Mujur mereka sudah melakukan perjanjian awal dengan Christian Pulisic dan juga Kovacic yang dipinjam sebelum tempoh penggantungan berkuat kuasa.
Chelsea have informed Frank Lampard that he will have up to £150m to spend in January.
Chelsea’s list of January targets:
– Ben Chilwell
– Jadon Sancho
– Wilfried Zaha
– Hakim Ziyech
– Moussa Dembele
– Timo Werner
– Nathan Ake
– Kalidou Koulibaly pic.twitter.com/ofSEQAkYH8— Transfer News (@TransfersLlVE) December 6, 2019
Chelsea dijangka akan membeli pemain pada Januari bagi menguatkan pasukan mereka untuk mengejar slot UCL pada musim hadapan.
Lampard sebelum ini sudah memberikan bayangan beliau sudah ada senarai pemain yang mahu dibawa masuk, jika hukuman Chelsea diringankan.
Dan kini, hasrat Lampard untuk membeli pemain pada Januari sudah menjadi kenyataan.
Ketika ini, The Blues berada di 4 teratas dalam carta liga. Sepanjang awal musim ini, pemain muda seperti Tammy Abraham, Mason Mount, Fikayo Tomori antara yang cemerlang.
Tammy Abraham misalnya, beliau merupakan pemain yang masih bersaing untuk merebut kasut emas Liga Perdana Inggeris musim 2019 / 20.
Malah beberapa pemain muda mereka berjaya mendapatkan panggilan daripada skuad kebangsaan kerana prestasi yang mereka tunjukkan.
Jika anda penyokong Chelsea, siapa yang anda rasa anda mahu lihat menyarung jersi Chelsea pada Januari ini?