Carragher Label Van Dijk Angkuh, Statistik Buktikan Paling Banyak Buat Kesilapan

Bekas pemain dan legenda Liverpool, Jamie Carragher nyata kecewa dengan prestasi Virgil van Dik dalam perlawanan menentang Leeds.

Kesilapan pemain pertahanan terbaik dunia itu membenarkan Leeds menyamakan kedudukan 2-2 dalam perlawanan yang diadakan di Anfield.

Carragher yang kini merupakan pengulas dan analisis untuk Sky Sports tidak teragak-agak menghentam kesilapan oleh Van Dijk.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Liverpool suatu ketika dahulu menyifatkan aksi Van Dijk terlalu angkuh sehingga menyebabkan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Menurut statistik oleh talkSPORT dan Squawka, Van Dijk adalah pemain yang paling kerap melakukan kesilapan yang menjurus kepada gawang dibolosi sejak 2018.

Namun diantara tempoh itu, pemain pertahanan antarabangsa Belanda ini turut beraksi baik sepanjang 150 perlawanan sepanjang tempoh itu.

Agak menggusarkan kerana Van Dijk telah melakukan beberapa kesilapan mudah sejak akhir-akhir ini termasuk ketika pra musim dan tugasan bersama Belanda.

Jurgen Klopp pasti sudah mengkaji dan melihat perkara ini. Perkara sama turut berlaku ketika Liverpool beraksi menentang RB Salzburg ketika pra musim.

Begitu juga ketika beraksi bersama Belanda dalam aksi Nations League yang membenarkan Itali menang 1-0 tempoh hari.

Melalui rakaman video jelas sekali Van Dijk turut harus bertanggungjawab membenarkan Nicolo Barella melakukan larian dari belakang dan mengelirukan dirinya dan Nathan Ake.

Mujurlah Liverpool masih mampu menang 4-3 dalam perlawanan ini dibantu oleh hatrik Mohamed Salah. Salah melengkapkan hatrik melalui sepakan penalti pada minit ke-88 perlawanan.

Persoalannya sekarang, adakah Van Dijk overated? Atau prestasi Van Dijk semakin merosot? Kami yakin Klopp tahu apa yang perlu beliau lakukan demi memastikan Liverpool berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.