Calvert-Lewin Dikatakan Memiliki Sikap Sama Seperti Cristiano Ronaldo

Persembahan mantap yang dipamerkan oleh Dominic Calvert Lewin’s menyebabkan beliau telah dibandingkan dengan beberapa penyerang handalan dunia yang lain.

Terdapat pihak yang menyatakan bahawa Lewin mempunyai satu sikap yang membuatkan beliau sama seperti Cristiano Ronaldo.

Penyerang Everton itu telah menunjukkan peningkatan yang banyak dalam aksinya sejak awal musim lagi berbanding aksinya pada tahun lalu.

Rentak persembahan beliau ketika berada di bawah pengurusan sementara Duncan Ferguson di Goodison Park, berbeza dengan persembahannya sekarang.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan sangat mantap sejak bermain di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Musim ini, pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dari 14 perlawanan dalam saingan premier league.

Catatan itu menjadikan beliau sebagai pencabar untuk merebut gelaran kasut emas dengan berada di kedudukan kedua bersama Jamie Vardy dan Son Heung Min.

Calvert-Lewin juga telah dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England dan telah membuat tiga penampilan bersama the three lions itu.

Kerana persembahan mantap yang dipersembahkan, beliau telah dibanding dan disamakan dengan beberapa penyerang handalan dunia oleh penolong pengurus Everton, Davide Ancelotti.

“Dia pemain yang istimewa.”

Jelas anak kepada Carlo Ancelotti kepada talkSPORT.

“Dia mempunyai kemampuan yang luar biasa.”

“Perlawanan demi perlawanan kamu boleh lihat peningkatan dalam aksinya dan bagaimana dia mampu untuk membawa perubahan kepada liga ini. Bukan mudah untuk membuat sesuatu perubahan itu.”

“Terutama sekali dari sudut pandang fizikal, ianya sukar untuk melihat seorang pemain dalam liga ini menjadi lebih hebat berbanding yang lain kerana tahap kualitinya yang sangat tinggi.”

Dengan ayahnya yang pernah mengurus pemain seperti Ronaldo Nazario, Filippo Inzaghi, David Teezeguet dan Didier Drogba sebelum ini, Davide telah ditanya adakah penyerang kebangsaan England itu boleh di samakan dengan kesemua bintang besar itu, lalu beliau menjawab:

“Saya rasa dia miliki semua sikap yang perlu untuk menjadi sama seperti mereka.”

“Sudah tentu, dia sedang dalam langkah permulaannya. Tapi seperti saya katakan, perlawanan demi perlawanan, saya nampak perubahan yang besar. Sama seperti dalam latihan, dia bekerja keras untuk menjadi lebih baik.”

“Sifat istimewa yang beliau miliki, itu yang kesemua bintang besar miliki, dia juga betul-betul mengenali kemampuannya dengan sangat baik. Dia sangat faham perasaan dia dengan baik dan ianya bukan satu hal yang biasa.”

“Sebagai contoh, Cristiano Ronaldo merupakan pemain seperti ini. Dia ada kemamouan untuk memahami tubuh badannya sendiri.”

“Ia sama seperti Lewin’s, dia ada kemampuan dalam mengenal tubuh badannya sendiri.”

Sama ada boleh atau tidak untuk Calvert-Lewin mencapai tahap seperti pemenang lima kali gelaran ballon d’or itu, sama-sama kita nantikan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.