Callum Wilson Sertai Newcastle Kerana Pengaruh Dari Filem Goal!

Callum Wilson menyatakan bahawa salah satu sebab mengapa beliau menandatangani perjanjian bersama Newcastle adalah kerana pengaruh dari menonton filem klasik ‘Goal! The Dream Begins’.

Walaupun terdapat laporan menyatakan bahawa beliau dipancing oleh Aston Villa sebelum ini, pemain kebangsaan England itu telah membuat keputusan untuk berhijrah ke St James Park.

Callum Wilson turut mendedahkan bertapa besarnya pengaruh dari filem karya Santiago Munez dalam keputusannya untuk menyertai the Magpies.

Filem tersebut berkisarkan tentang perjalanan seorang lelaki Mexico, yang merantau ke Amerika untuk tinggal dan bekerja di sebuah bar di Los Angeles.

Pemuda tersebut juga menyarung jersi hitam putih milik Newcastle United selepas berjaya dalam percubaan.

Antara babak menarik dalam filem tersebut adalah beliau berjaya untuk menjaringkan gol yang membantu pasukannya untuk mara ke saingan liga Juara-juara musim berikutnya.

Ia dianggap sebagai salah satu filem bola sepak terbaik pernah ditayangkan dan Wilson turut mendedahkan bahawa beliau dan anaknya sangat meminati filem tersebut.

“Anak saya akan sampai ke usia itu sekarang yang mana dia semakin banyak menonton filem dan bola sepak. Dia menonton Goal! Lalu saya duduk disampingnya untuk menemani beliau menonton bersama. Dan semuanya tentang Newcastle.”

Jelas bekas pemain AFC Bournemouth itu kepada laman rasmi Newcastle.

“Saya mendapati budak lelaki itu berada dalam diri saya. Saya berasa sungguh teruja dan kamu pasti berfikir, ‘yeah itulah salah satunya untuk saya.”

Wilson merupakan salah seorang dari begitu ramai lagi pemain yang menjadikan filem Goal! Sebagai alasan mengapa mereka menandatangani perjanjian bersama The Magpies.

Isaac Hayden, Kenedy, Papiss Cisse, Jonas Gutierrez dan Islam Slimani semuanya mempunyai alasan yang sama dengan Callum Wilson.

Filem legenda itu terus membantu Newcastle dalam menandatangani pemain yang mana para penggemar filem tersebut menjadikannya inspirasi untuk menyertai the Magpies.

Awal tahun lalu, SPORTbible telah berpeluang untuk menemubual Kuno Becker, pelakon yang berlakon dalam filem tersebut.

Kuno Becker mendedahkan bahawa beliau sangat berminat untuk kembali ke Tyneside di masa hadapan nanti.

“Saya menyayangi Newcastle lebih dari sesiapa sahaja dan mungkin kerana saya memainkan watak itu dalam sebuah filem. Saya kenal semua pemain dan pemilik kelab yang sebelum ini.”

Jelas Kuno Becker.

“Saya pernah melihat seorang pemain yang menyatakan bahawa beliau mengatahui tentang Newcastle kerana filem itu dan saya berasa sungguh hairan.”

“Saya tidak pernah ke Newcastle sejak dari waktu dalam filem itu. Saya sudah pasti gembira. Kenapa tidak? Saya sangat suka tempat itu. Saya mempunyai waktu yang gemilang di sana. Filem itu sangat bermakna dalam hidup saya.”

“Saya suka Geordies. Sentiasa ada senyuman, ‘selamat pagi’ dan selalu ada kesabaran serta kesyukuran. Dengan orang dari bandar kecil ini yang sangat baik. Bersemangat dan gembira.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.