Anda sudah bersedia untuk bertempur dalam Team Deathmatch ataupun Battle Royale di dalam telefon pintar anda?
Permainan video legenda, Call Of Duty akhirnya boleh dimainkan di telefon pintar anda secara global bermula 1 Oktober 2019.
Permainan ini menggabungkan elemen francais Call Of Duty seperti Black Ops dan Modern Warfare.
Timbalan Presiden Mobile at Activision, Chris Plummer berkata: “Kami akan memberikan pengalaman definitif, permainan aksi first-person yang boleh dirasai di telefon pintar anda dengan elemen ikonik termasuk peta Modern Warfare, seperti Crash dan Crossfire, peta dari Black Ops seperti Nuketown dan Hijacked, serta banyak lagi.”
Pada awal tahun ini, Call Of Duty: Mobile dilancarkan di Australia dan Kanada dalam versi iOS. Ianya menawarkan permainan tembak menembak ala PUBG yang percuma kepada pengguna.
Permainan video ‘flagship’ oleh Activision ini memberikan pengalaman yang lebih eksklusif kepada para pemain termasuk mod multiplayer.
Pada 16 September, Activison kemudian melancarkan permainan ini untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS secara global, dalam versi Close Beta Test (CBT).
Permainan versi CBT ini berakhir pada 26 September yang lalu.
Dan kini, anda boleh memuat naik dan memasang permainan ini di dalam telefon pintar anda, sama ada android dan iOS.
Selain daripada 5 versus 5 team deathmatch, Call of Duty: Mobile juga membolehkan 100 pemain bertempur dalam battle royale. Para pemain boleh juga bermain secara solo, duo dan berpasukan.
Activision mengeshkan permainan ini menawarkan mode permainan Team Deathmatch, Search and Destroy dan Free-For-All, yang akan dapat dimainkan di peta popular seperti Nuketown, Crash dan Hijacked.
Untuk permainan Battle Royale, 100 pemain akan bermain dalam peta yang terbuka. Anda boleh memilih untuk bermain secara solo, duo ataupun berempat.
Hindustan Time meletakkan paras minima untuk spesikasi telefon pintar Android adalah: RAM 2GB, Android 5.1 (Mashmallow OS).
Manakala untuk pengguna iOS, permainan ini boleh dimainkan untuk versi iOS 9.0 dan ke atas.
Bagi peminat setia Call Of Duty, anda akan berjumpa dengan karakter klasik seperti John “Soap” MacTavish dan Simon “Ghost” Riley dari Modern Warfare, serta Alex Mason dari Black Ops.
Sudahkan anda memasang permainan COD: Mobile?
Saksikan trailer promosi di sini:
Anda sudah bermain Call Of Duty: Mobile? Kongsikan sedikit pengalaman hari pertama anda dengan kami.