Borussia Dortmund kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan SC Freiburg 4-0, selepas dibantu oleh dua gol penyerang sensasi Erling Haaland.
Jadon Sancho tidak berada di dalam skuad Dortmund kali ini, dan dikatakan tiba-tiba demam. Apa pun alasan yang diberikan oleh Dortmund, ia tidak akan menolak jauh spekulasi perpindahan permain tersebut ke Manchester United selagi jendela perpindahan pemain belum ditutup.
Ketiadaan Sancho membuka ruang untuk seorang lagi pemain muda menyinar. Gio Reyna yang berusia 17 tahun menghasilkan 3 assist dalam perlawanan ini – pemain pertama di Bundesliga berbuat demikian sejak data mulai dikumpulkan.
Gio Reyna has a hat-trick of assists 😤 pic.twitter.com/2tIhGO1Y0B
— B/R Football (@brfootball) October 3, 2020
Haaland membuka tirai jaringan pada minit ke-31 selepas Dortmund mencuri penguasaan bola dan menerima hantaran dari Gio Reyna.
Sebelum itu persembahan Dortmund tidak begitu menjadi, namun skuad kendalian Lucien Favre menampilkan aksi yang lebih tajam selepas mendahului melalui gol tersebut.
Malah Dortmund sepatutnya melebarkan kelebihan yang mereka miliki sebelum tamat babak pertama perlawanan. Namun percubaan dari Reyna sedikit tersasar selepas cemerlang menewaskan dua pemain pertahanan lawan dengan kepantasannya.
Penjaga gol Freiburg, Florian Muller turut cemerlang di hadapan gawang apabila menyelamatkan dua percubaan berturut-turut dari Emre Can dan Mats Hummels yang terhasil dari sepakan penjuru.
Sebarang kemungkinan untuk Freiburg kembali dalam perlawanan ini hanya berakhir selepas dua minit babak kedua bermula.
Gio Reyna's *THIRD* assist today.
Unreal.pic.twitter.com/CkRJCfG3nI
— USMNT Only (@usmntonly) October 3, 2020
Ia selepas Can berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Reyna selepas tidak dikawal pemain lawan.
Haaland kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0, merembat deras mengegarkan jaring lawan selepas Reyna sekali lagi menghasilkan assist.
Pemain antarabangsa Norway itu kemudiannya berpeluang menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini di masa kecederaan.
Andrej Kramaric and Erling Haaland boasting some impressive tallies after three #BLMatchdays 😏 pic.twitter.com/mtUCwxHhL7
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) October 3, 2020
Tetapi Haaland menunjukkan sifat pemurah melintangkan bola untuk Felix Passlack mudah menolak masuk gol ke-4 perlawanan.
Kemenangan tersebut disaksikan oleh 11,500 penonton yang dibenarkan oleh Bundesliga (semestinya diumumkan lama sebelum perlawanan).
Kemenangan tersebut melonjakkan Dortmund mengatasi Freiburg untuk berada di kedudukan kedua Bundesliga.
Barisan pemain
Dortmund: Hitz – Can, Hummels (c), Akanji – Meunier (Passlack 84′), Bellingham (Delaney 71‘), Witsel, Guerreiro (Schulz 84′) – Reus (Brandt 71‘), Reyna (Reinier 80′) – Haaland
Unused subs: Drljaca, Morey, Dahoud, Piszczek
Out: Bürki (illness), Hazard (muscular), Sancho (illness), Schmelzer (knee), Zagadou (knee)
Coach: Lucien Favre
Freiburg: Müller – Gulde (Schlotterbeck 55‘), Lienhart, Heintz – Schmid (Kübler 84′), Santamaria, Höfler, Günter (c) – Sallai (Grifo 55‘), Petersen (Kwon 55‘), Höler (Jeong 55‘)
Unused subs: Uphoff, Abrashi, Itter, Boukhalfa
Out: Flekken (elbow), Haberer (ankle), Til (ankle)
Coach: Christian Streich