Bundesliga: 1988 Hoffenheim 4-1 Bayern Munich

Skuad kendalian Hans Dieter Flick dikejutkan dengan kekalahan 1-4 di tangan 1899 Hoffenheim dalam perlawanan minggu ke-2 saingan Bundesliga.

Bayern berkunjung ke PreZero Arena bertemu dengan 1899 Hoffenheim selepas membelasah Schalke 8-0 dalam perlawanan pembukaan Liga dua minggu lalu.

Kingsley Coman dan Robert Lewandowski tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama, namun Bayern tetap menurunkan barisan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

10 minit pertama perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Bayern dilihat lebih menguasai penguasaan bola.

Hoffenheim berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi Ermin Bicakcic hasil sepakan penjuru Dennis Geiger.

Pada minit ke-24, Munas Dabbur berjaya menjaringkan gol kedua untuk Hoffenheim selepas menerima bola tempiasan hasil kesilapan dari Benjamin Pavard yang tertampan bola tepat menuju ke arahnya.

Pada minit ke-36, Joshua Kimmich berjaya merapatkan kedudukan selepas menjaringkan gol yang sungguh cantik untuk Bayern.

Kimmich menerima bola umpanan dari Thomas Muller dan melencongkan bola cantik menerjah suduh atas sebelah kiri gawang gol Hoffenheim.

Andrej Kramaric menambah tekanan untuk Bayern selepas berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Hoffenheim pada minit ke-77 perlawanan selepas menerima hantaran silang dari Ihlas Bebou.

Hoffenheim dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua perlawanan selepas Ihlas Bebou dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Manuel Neuer.

Andrej Kramaric dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti itu untuk melengkapkan kemenangan bergaya Hoffenheim menewaskan Bayern Munich 4-1.

Bayern memulakan saingan liga dengan sungguh garang apabila berjaya membelasah Schalke dan Hans Flick ketika itu turut menyatakan bahawa musim ini mereka akan tampil lebih baik dari musim sebelum-sebelumnya.

Namun baru perlawanan kedua liga mereka sudah terciduk 4-1 di tangan Hoffenheim dan semoga saja ianya tidak mengganggu fokus bekas Juara itu untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka musim ini.

Hoffenheim juga berjaya memecahkan rekod 23 kemenangan berturut-turut yang dicatatkan oleh Bayern, dan kekalahan ini merupakan kekalahan pertama pemenang liga Juara-juara musim lalu itu sejak dari November 2019.

Bayern yang baru sahaja menjuarai UEFA Super Cup menewaskan Sevilla itu akan bertemu Borussia Dortmund minggu hadapan untuk German Super Cup.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.