Buku Teks A-Level Ini Label Penyokong Man Utd “Tidak Ada Otak”

Sebuah buku teks mengenai subjek psikologi telah menjadi tular selepas buku tersebut melabel segelintitr penyokong Manchester United sebagai tidak berotak di dalam contoh yang diguna pakai.

Perkara tersebut boleh didapati di muka surat 34 buku teks untuk pengajian peringkat A-Level, di mana bab mengenai mengenai sistem saraf pusat manusia.

Pada muka surat tersebut, penulis memberi contoh hidupan yang dilahirkan tanpa otak seperti bunga karang, dan obor-obor.

Buku teks tersebut sebenarnya diterbitkan oleh AQA, iaitu sebuah badan amal di England dan ditulis oleh Cara Flanagan, Dave Berry, Matt Jarvis dan Rob Liddle in 2016.

Anehnya buku tersebut memberi rujukan kepada penyokong Manchester United sebagai tidak ada otak.

“Otak merupakan pusat kepada semua titik sedar hidupan. Lapisan luar otak dikenali sebagai cerebral cortex adalah bahagian yang diwujudkan dengan sempurna dalam sistem tubuh badan manusia dan ia memberikan perbezaan fungsi mental yang lebih tinggi antara manusia dan juga haiwan.”

“Hanya ada beberapa ciptaan seperti bunga karang, squirt laut, obor-obor dan juga sebahagian penyokong Manchester United – tidak mempunyai otak. Bahagian otak terbahagi kepada dua bahagian hemisfera.”

Sungguh aneh untuk melihat sebuah buku ilmiah diselitkan dengan perkara berkaitan bola sepak, dan mempersendakan penyokong Manchester United.

Apatah lagi ianya sebuah buku psikologi yang jelas menggambarkan penulisnya mengalami masalah psikologi yang serius kerana tidak tahu membezakan fakta dan bahan gurauan.

Penulisan sebegini sudah pasti akan mewujudkan persepsi penulis buku ini adalah seorang penyokong Liverpool. Kebetulan atau tidak, buku ini telah ditulis dan diterbitkan pada 2016.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.